Thursday, September 30, 2010
bila outstation
aku outstation selasa lepas..gi Bera, Pahang
ni kali kedua aku pegi..kali ni dgn Dr Z
arahan diterima isnin petang, aku cuba book kenderaan pejabat tapi xde driver
jadi kena gi sendiri..tapi disebabkan aku hanya pengiring kpd Dr Z, aku tumpang je kete dia.
taklimat hari selasa pukul 9 pagi.kalau nak gi pg selasa lps subuh pun belum tentu sampai.jadi kami decide nak bertolak mlm isnin,bermalam di Bera je
aku called Hotel Sri Bera, dpt booked 2 bilik.senang sikit hati.sampai sana just cari hotel je,x perlu risau ada bilik atau x
seperti biasa, En Nas la yg hantar aku ke stesen komuter serdang utk bertemu dgn Dr Z yg bertolak dari rumahnya di bangi.
jam 9.10 (janji melayu) baru la Dr Z sampai.sedih nak tinggalkan sharul sbb byk hari aku spent masa dgn dia lately.
dlm perjalanan aku tido, sampai la berjumpa hotel yg dicari2 (nasib baik senang nak jumpa, tepi jalan besar je) hampir jam 12.00 mlm
sampai hotel aku susah nak tido sbb dah lena dlm kete Dr Z.lebih kurang jam 1 lebih kot baru tutup tv dan berdengkur
ni bilik yg ratenya RM73.50 /night
ni mesti bawak balik ni, sesak2 nanti xde shampoo atau sabun blh guna ni
pagi dimulakan dgn taklimat a.k.a meeting..dgn ADUN kawasan plak tu.
aku x tau.pagi tu baru tau meeting ni melibatkan ADUN kawasan
meeting went well sampai jam 11
pastu ada lawatan ke tapak projek sekejap
tu dia...org kampung kerumun mcm dekat crime scene plak
ni la projek tuh
projek pembinaan 5 reban puyuh fully close house(wow....)
lepas tu, ikut ADUN pergi ke pejabat veterinar daerah Bera utk merasmikan kempen suntikan penyakit FMD dan HS serta jamuan hari raya bersama penternak daerah Bera
ada penyampaian plak utk penternak yg sudah daftarkan ladang mereka oleh ADUN
enough with work already....
hati berbunga2 dlm perjalanan balik..perjalanan dari Bera jam 3 ptg, sampai serdang jam 7 ptg..dah la lapar gila bila sampai
terus ajak En Nas mkn kat Alamanda
soalan yg kutunggu2 dari En Nas (as usual dia akan tanya)
"nak mkn kat mana?"
dgn yakin aku jawab "secret recipe"
disebabkan En Nas yg belanja...Ibu pun nak kuar duit jugak...Ibu belanja sharul ya
p/s : En Nas ckp, lps aku tinggalkan mereka, sharul memanggil2 "Ibu...Ibu...Ibu" sambil nangis....oh...syahdunya....: p
Sunday, September 26, 2010
"ke mana nas pergi, 'kerja' mesti ikut"
gambar diambil dari meja mkn...dah berbuih aku ajak dia lunch sesama tapi dia ikut time mkn dia je...kerja mesti siap dulu..kadang2 dia mkn sekali sehari......oh...hebat :p
tgk tu...'kerja' En Nas bukan setakat dibawak balik ke rumah di Putrajaya....sampai ke Rawang 'kerja' tu ikut...Beruas pun mungkin
hampir 8 bulan En Nas x mkn gaji...dia 'buat' gaji dia sendiri...bisnes sendiri
sejak bulan 2 tahun 2010, En Nas operate bisnes. I'm proud of how he works
kalau aku bos, dpt title pekerja cemerlang tiap tahun.bukan nak tipu..tapi he's very dedicated to his bisnes
pada mulanya byk kali la jugak gaduh2 sayang ni..semua gara2 'kerja'
dah mcm 'org' ketiga la plak antara kitorg.tapi skrg dia dah makin pandai bahagikan masa dgn family
dah dia cp mcm tu, aku kena accept la..janji apa yg diusahakan utk kami sekeluarga juga dan ia sgt la berbaloi
"kita pergi bercuti nanti, 'kerja' tinggal blh x?"
Saturday, September 25, 2010
please take away my ATM card
selama ni apa saja yg aku nak mesti dpt (sbb aku x minta di luar kemampuan kami)
aku x pernah kisah berapa duit yg keluar masuk (that's a bad practice)
dah beberapa bulan akhir2 ni aku teringin nak 'pegang' kad ATM aku sendiri
so setelah beberapa bulan memujuk rayu, akhirnya En Nas bg kad ATM aku...yahoo..
cubaan pertama...aku nak limitkan perbelanjaan kehendak nafsu sebulan RM200 je
utk baju,kasut,handbag,perabut @ hiasan rumah.....bestnya !
RM200 sebulan cukup la kan?
petang tadi aku meneman Iqah pergi IKEA sbb dia nak beli barang hiasan utk bilik sewa dia di Shah Alam (kakak yg baik kan? :p )
kalau aku dah sampai IKEA, xkan aku x membeli...so aku set limit RM100 - 150 je sebelum sampai IKEA..apa2 yg aku teringin la..sbb aku x plan nak beli pape pun.
sampai IKEA.....aku ambil la apa yg teringin
paling best is this one
carpet ni RM89 je ! murah kan?
at the end
barang2 yg aku 'teringin' cost me......RM232.80 !
" By.....amek kad ATM ni balik"
now u know why I don't keep ATM cards
berapa budget sebulan?
ni cara En Nas nak kawal perbelanjaan barang dapur kami
ni perbelanjaan dlm sebulan ni
actually idea asal dtg dari aku sendiri sbb sebelum ni x pernah tau berapa yg kami berbelanja utk barang dapur sahaja
selalu tempat yg kami pergi pun Carefour Alamanda..kadang2 Cold Storage
barang utama mestilah susu dan pampers sharul
kami x pernah plan berapa budget barang dapur...kalau habis,beli...
tapi start bulan ogos, aku rasa nak tau berapa yg kami dah spent utk groceries
cara ni mungkin blh kawal perbelanjaan
aku kira2.....
perbelanjaan bulan ogos utk barang dapur dan keperluan keluarga dlm sebulan (contoh : pampers sharul dan Ibunya)
..... RM 614.00 .....
is it too much? korg punya berapa?
Friday, September 24, 2010
bad news....new experience
memandangkan esok doktor bg MC...aku x tdo mlm ni pun xpe
yes, aku dah jumpa gynae...a good one and the clinic will be my reference bila perlu nanti
my question has been answered
aku mmg nak tau what's going on when my pregnancy test is positive but then I bleed like crazy
ada 2 kemungkinan
1. miscarriage
2. false positive test
pape pun aku bersedia utk terima apa kata doktor mlm ni
masa tgk diri discan dgn ultra sound...nampak mcm ada...tp mcm xder pun ya
biarlah pakar yg terangkan
hanya tuhan je yg tau perasaan aku bila dia kata xde nampak pregnancy
tapi cepat2 ingat ni semua ketentuan Allah...Dia blh beri rejeki (bak kata adik)
bila2 masa Dia blh tarik blk...ya Allah...aku pasrah..aku x salahkan sesapa...aku terima ini ujianMu dgn redha
Ya Allah....aku bersyukur dgn segala nikmat yg telah Engkau berikan....
xnak layan perasaan sedih...life must go on
Thursday, September 23, 2010
2 hari mencari gynae
misi mencari gynae bermula sejak tgh hari rabu....
setelah lama bercuti raya...aku kembali ke ofis pada hari rabu....
mmg malas tapi dah xde alasan nak duduk kat rumah...hari isnin aku x sihat....tapi isi borang cuti je lah.....dgn En Nas yg busynya...malas nak ke klinik
hari selasa pagi, bleeding masih byk dan xder tanda2 nak berenti..aku cuti lg tapi aku paksa En Nas bwk aku ke klinik utk mendptkan MC..
doktor suruh aku berjumpa gynae..tapi dia ada mention treatened abortion..
pagi rabu aku ke ofis.....atas nasihat kwn2 especially yg ada pengalaman...it was time for me to seek for a gynae and take this problem seiously
aku rasa nak balik jugak time tu sbb aku semakin takut kehilangan 'budak' ni...I love 'it' already
aku called iqah to catch her yg kebetulan on the way to KLIA utk hantar abah
seronoknya bila iqah dtg jemput sampai lupa nak punch out...stupid me
aku ikut dia ke shah alam sbb dia kelas pukul 2..aku suruh En Nas dtg jemput aku di shah alam je sbb dia ada kat subang airport masa tu
kami tunggu En Nas sama2 sambil aku mkn lunch di KFC Sek 7...sambil tu aku pujuk iqah to ponteng kelas..jahatnya aku....hahahahaha...
lepas En Nas amek, aku mulakan pencarian gynae kat area balakong. ada 2 tempat yg aku tau melalui internet
sampai klinik A....TUTUP HARI RABU
!!!!! BODOH !
then cari klinik B.....x jumpa....aku called no yg aku amek kat internet tu..
bila dgr suara lelaki cina tua yg angkat aku dah agak mesti salah ni....
ternyata aku betul
TIPAH TERTIPU !! BODOH !
aku sambung perjalanan ke kajang....no klinik pakar....byk klinik umum @ biasa
perjalanan diteruskan ke area bandar baru bangi
hah....jumpa Klinik Ibu dan Anak An Nur ! I knew about this klinik masa survey kat internet tapi x plan nak pegi sbb bangi jauh sgt..
bila sampai depan klinik....
TUTUP ! ! DARI JAM 1 - 6 PTG
AKAN DIBUKA 6 - 10 MLM
WHAT???!!!
kami balik sbb nak amek sharul from taska
mlm kami kembali ke bangi utk ke klinik An Nur tu....ikut jln baru yg x pernah kami ikut sebelum ni
jumpa 1 blok klinik+hospital Al Zahra dan An Nur.....this is better
bila nampak Klinik pakar wanita An Nur...terus tuju ke sana
sampai depan klinik....TUTUP !! W T F !
tapi sempat gak amek no dia.blh la call dulu sebelum dtg lagi
aku ajak En Nas cari klinik An Nur yg mula2 kami jumpa ptg tu
cari punya cari...akhirnya jumpa...tapi
pelik sbb klinik penuh dgn beberapa org mcm sedang baca yassin dlm klinik tu
tapi setelah dipaksa oleh En Nas,aku bertanya sama ada doktor ada ke x
"doktor yg blh buat scan xde mlm ni,mlm esok ada la..." aku diberi kad doktor tu
pagi ni aku x gi ofis lagi...aku sakit kepala sbb blood pressure naik sbb aku stress !
En Nas blk dari tempat kerja 2.30, terus aku ajak dia ke balakong, klinik yg tutup hari rabu tu
bila sampai depan klinik....TUTUP !!! WTF !
tutup terus la !
aku call no klinik pakar An Nur yg aku amek smlm sebelum pegi...nanti x pasal2 kena maki dgn En Nas.....jauh2 dtg...doktor xde
doktor tu kata mlm ni dia ada....so kami akan pegi bangi mlm ni...kalau xder jugak.......oh, I don't want to make any assumption
waiting for tonite....(lagu J.Lo)
Tuesday, September 21, 2010
gila takot !
sejak mlm tadi aku risau sgt sbb darah keluar heavy sgt.dah mcm period byknya.
aku pujuk diri sendiri dgn kenyataan yg paling atas tuh.
mlm td aku berkunjung ke rumah saudara.dia ajak kami sekeluarga mkn mlm.aku mmg sediakan perut kosong bila dah ajak begitu.sampai rumah dia hampir pukul 9 mlm.
aku dgn muka x malunya jd org yg pertama menyenduk nasi bila dipelawa ke meja mkn.
hidangan nasi ayam yg familiar.the chicken rice shop.apa lagi....melantak la aku tanpa hiraukan org lain.
sambil mkn......aku....OMG ! cili sos ni ada cuka!
aku tolak cili sos tu ketepi sambil menghabiskan nasi dan ayam
mlm tu dah mula dah...bleeding
pagi td mmg aku x tunggu....aku paksa En Nas bawa aku ke klinik sebelum dia ke tempat kerja.aku ckp, "uruskan hal miza dulu." pastu nak kerja sampai mlm pun aku x kisah.
dlm perjalanan ke klinik aku dah pasrah...aku fikir good or bad, aku kena announce pd semua.
x ramai yg tau aku pregnant ni.hanya family terdekat (kecuali pit),pembaca blog dgn beberapa kwn yg dpt menangkap status aku di FB je yg tau.
and I was about to announce the big news suddenly maybe miscarriage pulak..tu yg takut sgt tu
cek dgn doktor, doktor kata masih positif.......syukur Alhamdulillah
tapi dia nasihatkan aku jumpa pakar wanita.dan dia juga berkongsi pengalaman bini dia pun bleeeding masa pregnant sampai 8 kali masuk wad...
ok.that feels better
Ya Allah. aku bersyukur kerana masih diberi peluang.aku akan jaga pemakanan ku mulai sekarang.
dan misi mencari klinik bersalin swasta harus dimulakan sekarang
p/s : why this bleeding still doesn't stop? huhuhu
Sunday, September 19, 2010
sharul @ 1 tahun 8 bulan
Friday, September 17, 2010
nak announce ke x? nak announce ke x?
*
*
*
aku sangat gumbira !
sbb aku blh membiarkan nafsu makan aku bermaharajalela !
pic google
this time, aku mmg xnak canang 1 dunia yg sharul akan dpt adik lagi
berita x se 'hot' masa mula2 dpt berita sharul akan di'amanah'kan ke dunia dulu
yes ...aku guna perkataan 'amanah' sbb aku sentiasa mengingatkan diri sendiri yg dia milik Allah yg diamanahkan kepada aku utk dijaga di dunia ni.
org yg aku bgtau hanya En Nas sbb dia yg akan membayar bil hospital nanti..mmg aku dah plan nak pilih klinik swasta instead of hospital kerajaan so haruslah beringat utk menyimpan duit ya, nak bersalin ni.
syukur...aku diberi peluang kali ke-2 utk merasai tempoh mengandung.harap aku dan 'baby' sihat sehingga kelahiran dan kehidupan selepasnya.
byk sgt reasons kenapa aku nanti2kan berita ni,hanya aku je yg tau
yg penting kali ni aku berazam nak jaga kandungan dan pemakanan aku sebaik mungkin sepanjang tempoh 9 bulan (atau 7 bulan pun xpe.sharul tu sihat je.Ahamdulillah)
mak, confirm mak kena pencen tahun depan...sbb nak jaga cucu dan saya yg dlm pantang nanti..nanti nas carikan bibik sorg ye utk tolong mak
now that sharul understands what a baby is...
sharul nak baby x?
erk?
Monday, September 13, 2010
syawal datang lagi
ni pula gambar raya tahun ini
*
*
*
*
yes...aku,En Nas dan sharul xder di situ
sebabnya kami beraya di Beruas, rumah orang tua En Nas
di kampung xde nya nak bergambar sakan mcm selalu
sebelum kawin, aku dan En Nas dah bincang rancangan balik raya tiap tahun.dimulakan dgn kampung En Nas kemudian kampung aku...begitulah seterusnya..
nantikan gambar raya tahun depan (insyaAllah) ya....tatatititutu
Saturday, September 11, 2010
blog bercuti
bila ntah...selamat hari raya semua
p/s :kat kg line x kuat, nak post entry ambil masa setengah hari
Wednesday, September 8, 2010
sambil menyelam,minum air
tujuan utama : En Nas nak hantar repair laptop dia yg mcm haram jadah.x blh buat keje
En Nas mmg cari kedai ni kalau ada masalah dgn laptop sbb dia penah beli laptop 2nd hand kat sini.penjual ni blh dipercayai la katanya..
sambil menunggu laptop nya siap
En Nas x lepaskan peluang main game
aku?
*
*
*
bijak menguruskan masa yg ada.....
dapatlah sepasang baju kurung kain kegemasan dan 3 helai tudung (hitam,putih,merah)
harga sgt berpatutan ok
rupanya? x surprise la mcm ni..akan dipersembahkan bila raya nanti k
hari ni pulak, selepas waktu kerja, adik dan iqah yg kebetulan bershopping di alamanda dtg menjemput aku
misi utama : mencari kasut raya iqah dan adik nak cari kerepek raya
aku xde benda nak cari.semua serba cukup.cuma kalau terjumpa seluar utk sharul aku mmg nak beli
alih-alih
*
*
*
*
*
ni utk mak mertua aku di kg
cuba teka yg mana satu aku?
ni utk En Nas dan Pit
utk abah pun ada
finally jumpa jugak seluar yg sesuai utk sharul
erk ? iqah, ko dah jumpa ke kasut yg ko cari??
balik kampung
saat meningggalkan rumah sewa yg kononnya 'rumahku syurgaku'...
rumah ni buruk I tell u tapi it means so much to me sbb this is the first house yg kami diami sejak bergelar suami isteri.
see I tell u...buruk..perumahan di di kawasan Segari.majoriti penduduknya ialah driver lori bangsa India.
masa ni kami duduk berdua walau sharul dah lahir..kami tinggalkan sharul dgn nenek dia di beruas..setiap hujung minggu je, kami blk beruas utk bermanja2 dgn sharul
lepas siap kunci pagar rumah di Segari,kami blk beruas utk pick sharul up
little sharul and 'little' me.....ngeh ngeh
saying goodbye to rumah kampung
syoknya kalau jln raya mcm ni..kami melawan arus...hehe
yeay ...dah sampai
kepada semua pembaca...berhati2 di jln raya..tingkatkan kesabaran dlm memandu...puasa lagi ni..selamat hari raya semua
Monday, September 6, 2010
ketagih
aku jadi ketagih la....rasa nak lagi....nak lagi.....dan nak lagi
maklum la...bulan ni dpt duit raya lebih sikit.dgn bonus nya, dgn duit claim nya,..
masa mula2 aku bgtau En Nas yg aku nak beli lagi, dia x bg..dia kata bahaya simpan emas di rumah sbb dia tau aku jenis pakai barang kemas sekejap je.sampai rumah terus buka...rimas..mmg aku x suka pakai barang kemas...tapi tu dulu...sekarang kan dah dewasa....hehe
setelah memujuk rayu....akhirnya....
v
v
v
v
v
tadaaaa..
ni duit bonus ok.aku x kacau duit En Nas pun.and I promise this is my last purchase this year.mungkin Raya tahun depan baru aku beli rantai pulak...(blh percaya ke?)
haruslah kena matching kan?
tengok dah xde tempat utk 'warga' baru ni...kena beli box baru gamaknya
lepas ni kita cari jewelery box yg baru ye By....
eh, By nampak kurus lah dlm gambar ni.....
Sunday, September 5, 2010
last buffet for Ramadhan 2010
dari kiri : ida, me, ain, faza, hana
caca dan geanie juga dijemput tapi atas sbb2 yg x dpt dielakkan, mereka x dpt dtg.
smlm hana sorg je yg dtg bersama suami dan anak2 (2 org).aku dtg seorg.sharul dan En Nas x sihat.tapi kalau sihat pun, aku malas nak bawak sharul tu.mesti aku x dpt mkn puas2.hehe
ain, ida, faza masih belum berfamily lagi.InsyaAllah x lama lagi tu.
aku mmg target nak mkn puas2.konon nak rasa semua menu..tapi x dpt la nak mkn semua,x larat.here are some food yg masuk perut aku mlm tadi..
nasi adalah wajib ok.lauk sambal udang+petai, sayur campur,ayam goreng,sambal ikan keli.marvelous
a bit of western food - pasta and potato salad
abc
meet us
ida and I shared a room during matrik years
acara wajib bila berjumpa....of coz la bergosip
tgk tuh....this is a candid photo
sebelum blk, kena la amek gambar di entrance ni
ni x cukup 'korum' ni. caca,farah, and geanie xder
dari dulu sampai skrg aku tetap maintain the one yg paling gemok antara mereka..hehe
ada aku kesah?