Daisypath Friendship tickers

Daisypath Friendship tickers

Sunday, January 22, 2012

keluar juga akhirnya

dah lama rasanya x keluar dari rumah.padahal 2 hari je.aku mmg x larat berjalan sbb sakit pinggang/belakang.jln pun terhenjut2.last aku keluar hari jumaat, tu pun perjalanan dari rumah putrajaya ke rawang.duduk dlm kereta.biasanya aku keluar skrg hanya pergi ke tempat kerja.nak shopping/beli barang /makan xde la.mkn mlm pun En Nas akan belikan sebelum balik kerja.dah lama x masak sbb x larat nak turun naik tangga.ye la, kalau masak, nak tunggu thawing lagi..balik kerja je, mkn, pastu lepak kat tingkat atas.

akibat kebosanan melampau, aku paksa diri aku keluar dgn family mlm ni.aku mmg nak beli few baby wear dan barang2 utk masa berpantang like bengkung, jamu, lain2.

first attack ialah kedai pakaian kanak2..nak cari newborn wear sbb yg lain2 tu like set tilam, skin care, stokins, dah ada.

tapi kecewa sungguh. 1 romper je aku berkenan. tu pun harga rm14.aku xnak la keluar kedai dgn sehelai baju je.so aku rembat set blanket utk tambah purchase.


sebenarnya aku nak survey harga baby wear di kedai dan online.nampaknya aku prefer online shopping sbb byk pilihan dan harga berpatutan.










and or course, got somethings for myself too...kejap je shopping.tu pun di ground floor je.x byk jln sgt.kami terus dine in di kedai mkn, then blk.









aku puas hati

Saturday, January 21, 2012

hangat - hangat tahi ayam

so many things on my mind right now, yang kononnya nak dijadikan weekend project..tapi xde daya nak buat , walau ada masa..

sebelum ni berangan nak buat quilt blanket...jahit sendiri plak tu..siap beli mesin jahit mini. tapi sampai sekarang mesin tu masih dalam kotak lagi.ntah di mana..aku nak gunakan baju2 sharul yg dah x muat atau kotor sebagai material..tapi dapat sikit je.cukup hanya untuk buat bantal kecik kot. sayang nak pakai baju2 yg elok..mana yg boleh pakai, aku simpan untuk adik-adiknya. jadinya projek x berjalan..aku x suka mulakan sesuatu yg aku x pasti aku akan habiskan.



idea ke-2 ialah scrap book, kononnya nak abadikan gambar2 important events dalam family aku tapi....malas nak kumpul material dan cuci gambar...the idea just got stuck in my mind.....sigh


buat masa ni aku menghitung hari je la..tunggu babygirl lahir, then kalau boring sgt waktu berpantang, mungkin aku akan teruskan projek scrap book tu..

Wednesday, January 18, 2012

perjalanan pregnancy kali ke-2

masa mula2 mengandung, aku bersyukur sbb sepanjang pregnancy xde masalah kesihatan what so ever..aku x loya, x muntah, x sakit pinggang, sakit belakang...semua ok. sehingga hari terakhir sebelum sharul lahir, aku masih boleh melawat ladang ayam.

sangka aku kalau seseorang tu jenis lasak, dia akan begitu pada setiap pregnancy dia. sebaliknya kalau dia ada masalah kesihatan, dia akan menghadapinya the next time..but i was wrong..

3 years later aku mengandung lagi..aku mula rasakan perbezaan sejak dari awal...yang x pernah aku rasakan sebelum ni. dalam masa tu juga la ramai yang kata setiap pregnancy tu berbeza untuk seorang wanita.


tanda-tanda yang aku panggil my morning sickness ialah loya + xde selera makan walau aku lapar.

so akibatnya badan aku akan masuk angin..cara aku atasi ialah dengan sapukan minyak angin bawah hidung pastu breakfast dengan air limau suam atau kadang2 limau ais..bila dah rasa hilang loya sikit, baru aku isi perut..makan untuk hilangkan lapar je.

muntah2 xde la pulak.tapi berat badan aku naik sikit sangat mingu demi minggu sebab x makan sgt.

seingat aku, sebelum disahkan pregnant, berat badan aku maintain pada sekitar 73 kg. sehingga nak masuk bulan ke 9 ni, berat 76.5 kg.

bila masuk bulan ke 3-4, aku kerap sakit kepala. dah agak dah, mesti tekanan darah tinggi. ya betul ! sbb ada family history.

bila masuk bulan ke 5-6, aku mula sakit pinggang dan belakang, lebih sakit kalau aku nak berdiri dari keadaan baring dan duduk...seksa sgt..

masuk bulan ke 7-8, "morning sickness" aku dtg kembali kadang2.

how do I feel?


aku boleh menghadapi semua ni tapi aku rasa aku menyusahkan semua org...dari rakan sekerja dan bos, sbb aku selalu MC (cuti rehat aku dah lama habis)..
aku mengharapkan mereka faham keadaan mak boyot ni dari awal lagi.

sekarang dalam keadaan sarat, aku menyusahkan mak aku pula.sebab setiap hujung minggu, aku balik rawang.mengharapkan dia dan adik beradik tolong aku melayan kerenah sharul.ini termasuk mengemas mainan2 dia.kesian mak, dia yg banyak buat kerja rumah extra bila kami balik rawang.


aku tau dia mesti x merungut tapi aku berjanji bila dah habis pantang nanti aku akan balas jasa dia...

Wordless Wednesday #2

Tuesday, January 17, 2012

kali ke-2 di hospital Putrajaya




a regular 'every 2 weeks' pregnancy check up ended up in the hospital today...

appointment jam 10 pg, aku dah sampai klinik kesihatan (tempat regular check up) 15 minit sebelum. agak lambat sikit nurse check sorang2 hari ni sbb last time masuk sorang je, keluar bilik x lama lepas tu.

aku pun x terkecuali..lama gak nurse check..x sangka problem bila nurse check hearbeat baby agak tinggi dari normal...nurse refer aku ke pegawai perubatan di bilik berdekatan....menunggu lagi


tiba giliran ,doktor tanya bila nurse check heartbeat? aku ckp less than 2 hours ago..dia check semula...masih tinggi dan referred aku ke hospital...dari gaya dia mcm x serius sgt so aku pun x panic la.huhu

aku dipantau sepanjang dalam wad..aku dpt the same bed masa first time masuk wad tu masa kandungan umur 19 minggu sebab BP aku tinggi...






lepas 3 jam being monitored, aku dibenar pulang..syukur heartbeat kembali normal lepas doktor hydrate kan aku dgn normal saline..

Friday, January 13, 2012

Book review #1

Aku bukan seorang pembaca tegar tapi x tau kenapa aku berminat nak baca buku ni.aku beli kat TESCO.








Lepas baca (tak habis baca pun) Bab 6, cukup buat aku puas hati kerana aku sedar suami aku seorang yang NORMAL, TYPICAL MAN. banyak ayat2 dalam buku ni yang aku suka...



Antara kandungan yang aku rasa penting, lelaki akan buat 3 perkara ni yang membuktikan seseorang lelaki itu cintakan seorang perempuan iaitu ;

1. Profess (memberi kenyataan)
2. Provide (memberi nafkah)
3. Protect (memberi perlindungan)

tanpa aku sedari, sebenarnya En Nas dah tunjukkan semua ini semasa kami mula2 serius dalam berkawan. baru kini ku tahu. (kan mak dah cakap, mak x suka membaca)

so pada aku, x perlu sentiasa ada kata2 cinta
dan x perlu kerap beri hadiah. that's just not u which I accept seadanya.


selagi suami buat all of the above, cukup membuktikan cintanya kepada isteri.

now I understand


dan untuk balasannya, ada disebut dalam Bab 3, lelaki/suami hanya perlukan 3 perkara dari perempuan/isteri iaitu ;

1. Dorongan
2. Kesetiaan
3. S***

patutlah sejak dari awal lagi En Nas selalu kata "Nas harap hati By takkan berubah sampai bila2"...aku ia kan saja..masuk telinga kiri, keluar telinga kanan.


rupanya dia berharap aku sentiasa SETIA padanya


part yang aku paling suka ialah lelaki memang x suka bergosip/bersembang. mereka hanya mahu/boleh selesaikan masalah...


aku bengang juga bila setiap kali diajak bersembang, memang En Nas x layan...jawapan dia terlalu ringkas..padahal aku nak bercerita..benda kecik mcm ni selalu buat aku sentap...tapi kini aku dah faham

Ingat tak lagi








selepas 1.5 tahun







Thursday, January 12, 2012

hari ini

sharul @ 30 weeks












Adik sharul @ 33 weeks











kembar ke ni? (keturunan tu dah ada)

pandai ko cover ye nak

suatu petang di Taska

En Nas : cikgu, sharul kat Taska hisap puting x?

Cikgu : eh, taaaaak ...sharul hisap puting ke?
...................

Oh, patut la bila pagi2 sampai kat Taska, sharul suruh Ibu simpan puting dalam beg. pastu bila Ibu jemput ptg2, sharul terus minta puting dari Ibu.....


rupanya sharul x hisap puting kat Taska......


kalau mcm ni, boleh latih x hisap puting kat rumah

things to do before delivery

aku berhajat sgt nak beranak kat Selangor khususnya Hospital Selayang sbb dekat dgn rumah Mak...and for some reason sengaja aku nak dapatkan no IC yang ada ******-10-**** di tengah2nya...anak Selangor

my 2nd/3rd/4th choices are Serdang, Kajang (dekat dgn Putrajaya, where I live right now) in case kalau x sempat balik rawang...or Hospital Sg Buloh if Selayang dah penuh.

compared to my first delivery, which aku x sempat merancang apa2 sbb Sharul lahir pada umur 34 minggu..kali ni aku seronok merancang mcm2 sehingga dah plan nak buat apa dalam tempoh berpantang..(harap cuti bersalin 3 bulan aku diLULUSkan bos)

here are some things yang aku perlu siapkan sebelum delivery


1. Siapkan beg keperluan baby and me untuk ke hospital ( dalam proses )

2. Kemas kertas2/fail2 kerja di ofis supaya senang orang lain nak cari dokumen (baru nak mula)

3. Susun atur folder2 soft copy dalam komputer utk memudahkan org cari dokumen ( plan nak buat lepas kemas meja ofis)

4. Kemas/cuci rumah Mak (tempat aku bakal berpantang) supaya bebas kuman habuk. ( Cleaners dah dipanggil utk cuci rumah esok )

5. Kumpul resepi2 yg mengikut selera tekak aku untuk orang dalam pantang supaya Mak x perlu fikir nak masak apa nanti. (dah cari, tunggu nak print je)

6. Kumpulkan online stores utk future online purchase semasa berpantang (dah jumpa 2 online stores dan sign up)

lagi......lagi...(kebanyakan what's on my mind right now adalah aktiviti semasa dalam pantang..maybe next entry?)

Masih dalam minggu ke 33

never feel so big and heavy like this before...

rasa nak masuk bilik ofis, then keluar bila nak balik kerja je..x larat nak berjalan...

but I have to untuk gi kencing...which is like every 5-10 minutes..

best nya kalau toilet kat sebelah bilik ni je..for now, aku kena pergi at the end of the office sbb bilik aku dgn toilet at both ends of the office..kalau blh tahan, tahan.

pastu bila x tahan, bangun dari kerusi je menggeletar tulang2 semua..rasa mcm tulang temulang ni reput...

I walk funny, that's why xnak keluar dari bilik

nasib baik kerja x berapa sibuk awal tahun ni, buat apa yang patut je depan komputer, less meeting to attend


now I'm thinking...and thinking....and thinking...

nak ambil cuti seminggu start dari raya cina ni sampai Hari WP (1 feb 2012)..sbb x larat nak berjalan and even duduk kat kerusi sbb sakit belakang...serius...duduk pun sakit..not even sakit belakang, tapi badan agak melecet sbb pakai baju dan seluar/kain ketat..ya Allah, baju dah x muat.sbb aku pakai je mana yg ada.nak beli baru, susah nak jumpa saiz especially seluar/skirt/kain


P/s : this is not a complaint, just my expression to make people around me understand

Tuesday, January 10, 2012

Minggu ke 33




rasanya dalam blog ni aku x announced pun yg aku pregnant kali ke 3..tup-tup dah masuk minggu ke 33. bulan depan nak beranak dah..










masa utk keluarkan balik khazanah 3 tahun lepas...masih elok utk dipakai...x perlu beli yg baru byk2...sikit2 sudah la..


there's a reason why I didn't buy blue @ pink

Monday, January 9, 2012

MONDAY

asal Isnin je En Nas cuti, asal En Nas cuti je hari Isnin...
seronok betul org yg kerja sendiri ni..xde punch kad, boleh cuti bila2 masa...

hari ni En Nas cuti lagi...asal cuti je Sharul memang x ke taska la...tapi sebelum tgh hari, En Nas called. dia kata ada hal penting dia perlu ke hanger..biasa la tu, nak hantar sharul ke ofis aku la tu...aku no hal kalau kejap je.kalau lama2, x boleh buat kerja la jawabnya.. tapi hari ni sharul x buat perangai sgt...dia lebih 'sopan' sejak umur 3 tahun ni...good boy.
















: )




sukeeeeeeeeee..rasanya baru order minggu lepas...x jangka akan terima se'awal' ini.






this is the 2nd item aku beli online. sebelum ni (few months back)teringin nak membeli online tapi aku susah nak percaya benda2 mcm ni.takut tertipu.tapi disebabkan ramai dah kawan2 mengamalkan benda ni, aku pun men'jebak'kan diri...


beg ni aku dah berkenan sejak mula2 tgk...sbb byk benda boleh letak..anak kecik pun nak masuk 2 org.segala keperluan diorg aku nak letak dlm 1 beg je.khas utk travel, utk ke taska perlu beg asing2. this is the right bag for me.biar la xde jenama pun.murah je







aku berjanji dgn diri sendiri, aku limitkan pembelian setiap item x lebih dari harga RM100..so kalau tertipu pun, xpe la duit burn.dan....aku juga limitkan pembelian x lebih dari 3 benda setiap bulan...so far aku disiplin (baru bulan pertama ni.hehe)

Sunday, January 8, 2012

hujung minggu ni weekends yang paling aku suka.
mungkin sebab pertamanya, hari jumaat lepas aku dikejutkan dengan berita gumbira di tempat kerja.

weekends ni aku dapat REHAT secukupnya. rehat dari berjalan2, rehat dari buat kerja2 berat...sebab aku berehat di rawang, rumah Mak.

En Nas balik ke rumah Mak di Beruas tanpa aku dan Sharul.Dari awal lagi aku dah cakap aku x larat duduk dalam kereta lama2.sebab severe back pain.bayangkan aku baring pun rasa seksa...sampai x blh tido...

sumpah aku x ambil kesempatan x buat kerja rumah...aku x larat nak tunduk, kutip barang/mainan sharul yang bersepah tu.kerja yg aku larat hanya basuh pinggan.
Mak yg byk tolong basuh berak sharul, mandikan dia dan pakaikan baju dia.aku buat semua tu di rumah sendiri sbb terpaksa..
Abah plak rajin melayan sharul dan bawa dia keluar ke kedai. aku dapat rehat dari semua tu.syukur sgt.tapi aku still buat kerja2 di rumah sendiri.


terima kasih family, tunggu la aku habis tempoh berpantang, aku janji aku akan buat kerja2 rumah semua


En Nas ada call tengah hari tadi, tanyakan ada apa2 makanan barang x yg aku teringin kat Manjung, dia boleh belikan dan bawa balik.Aku memang xkan order apa2 kecuali bila teringin sgt sbb ku x suka mkn makanan sejuk.

jam 5.30 tadi En Nas call sekali lagi, on the way katanya.dia beritahu ada sesuatu yg dia belikan aku yg aku akan mkn sampai licin ! excited plak dia...I wonder what that is


sekarang aku menanti apa makanan yg En Nas beli tu sambil nak berkemas2 balik ke Putrajaya




























seafood and chicken cheese rice all the way from Pantai Remis ! aku x request tapi bila dah ada depan mata, mustahil aku menolak...thank u sayang...u know me well



selain bihun Mak untuk minum petang




Perfect weekend !