Daisypath Friendship tickers

Daisypath Friendship tickers

Tuesday, August 31, 2010

work meets pleasure part 1 ( labuan-kuching-mukah)

hai semua,
nak cerita pasal travel ni kena amek mood
last week aku bersama rakan2 kerja travelled to labuan-kuching-mukah.masa spent there sgt la limited.tumpuan adalah utk siapkan kerja which is lawatan ladang, then ada masa kami sempat jln2.tapi frankly masa kami byk di dlm flight @ airport.
I wish I can buy ole-ole utk family n frens, tapi x sempat.dan malas fikir nak beli apa utk korg.budget pun x brape nak ada.so mana yg sempat disambar, tu je la yg ada.

mari layan gambar


23hb ogos, depart from KLIA 18.45


ni hotel yg aku menginap di Labuan



2 katil single bed utk aku seorang. not bad..



cute kan?


yg ni cute x? LOL...gambar gedik wajib ada ok



rate bilik mcm ni rm98/night nett.sahur TIDAK disediakan....jadi inilah sahur aku pagi itu




remember...





24hb ogos, left Labuan for Kuching, time depart 15.35


ni katil aku di Grand Margherita, Kuching. better..rate pun 160++/night




sahur kena order sebelum tido.ada mcm2 menu utk dipilih.mlm pertama di sini aku pilih nasi lemak, jus oren.



mlm kedua aku pilih nasi goreng, jus oren , dan milo panas




one thing I love about this hotel is the decor..cantik sgt








x sah kalau dah sampai Kuching x beli kek lapis kan? walau aku x minat makan, aku beli utk family n fren (yg mengirim)


harus menaiki bot utk mendapatkan kek lapis


dah sampai Kuching, xkan x amek gambar dgn 'kucing2' ni kan



26hb ogos , from Kuching to Mukah, time depart 9.10





sebelum sampai ke sini, kami naik pesawat comel ni.ada 10 penumpang je masa tu.kalau penuh muat 18 org.




oh, blh nampak apa pilot tu buat



ni adalah airport Mukah.di sebelah kira ialah tempat tuntutan bagasi.di sebelah kanan adalah tempat 'check in'

mari tgk bilik hotel ni. I like this one here too

rate bilik ni rm115/night nett.


tv besar tapi hampeh xder tv3


kekurangan - tiada petiais



I would love to have this type of sink. tapi bila basuh muka je, air keluar dari sink.cancel terus

sahur dihantar ke bilik. masa check in, blh pilih 1 antara 2 set munu.I chose set mee goreng. menyesal



sekian, terima kasih


p/s - harus mengundur diri skrg sbb nak tidokan sharul.dah kul 11 lebeh

Saturday, August 28, 2010

first time masak lobster

ini rezeki namanya

lobster2 ni aku beli di Mukah pagi tadi.aku x plan pun nak cari benda alah ni walau aku tau dia lebih murah kalau nak banding dgn harga di semenanjung.

pg td kami pegi ke pasar yg aku lupa nak tanya apa nama pasar tu.tapi mmg di situ dijual semua bahan2 basah dan kering segar.

sebelum balik ke hotel,aku nampak ada peniaga yg jual lobster.hanya tempat tu je ada jual sbb hanya dia yg dpt lobster tu.tu pun 2 ekor je.rezeki dia

dia jual rm30/kg.dia ada offer pd kami utk membeli.sambil kami tgk2 ikan kembung yg dijual di tempat dia, dia timbang lobster2 tu.~900gram 2 ekor tu.aku masih x berminat nak beli sbb malas nak bawak dan geli sebenarnya nak pegang.tapi mkn,suka.
bila dia ckp dia jual 2 ekor tu dgn harga rm20, aku terus offer diri nak beli.dah jadi rezeki aku pulak.

aku x penah makan seekor lobster.kalau merasa pun ciput je.anak2 lobster la kot.ni kan pulak nak suruh aku 'siang' lobster tu.tapi aku pasti En Nas pandai bab ni.tu pun 1 faktor yg mendorong aku beli.

sampai rumah En Nas 'siang' 2 ekor tu dan request aku masak merah.

ni bahan2 memasak aku ;

bawang besar
bawang putih
halia
sos cili

cara2 memasak ;

SUKA HATI....LOL

ni la hasilnya


....tadaaa....


walaupun zero presentation....yg penting SEDAP...huhu

Friday, August 27, 2010

home sweet home : )

aku dah mendarat kat semenanjung (KLIA) pada jam 6.20 ptg tadi.
lantas terus mencari kedai makan utk berbuka puasa.dah buat reservation pun.buffet style.my comment is 'two thumbs up'..enough said


kini aku ada di rumah berdua je dgn En Nas.si kecik tu ada bersama mak & abah di rawang.rindu dendam x lepas lagi.esok lepas subuh aku & En Nas akan singgah rawang sebelum balik umah mertua di Beruas.


dalam kepenatan, aku uruskan rumah seperti suri rumah that I am.
sinki penuh dengan pinggan mangkuk as I expected.
toilet agak berbau sbb ada baju rendaman yg belum basuh.
mujur laundry x byk sgt nak dibasuh.aku basuh baju2 kotor hasil hampir seminggu di perantauan : p


tapi aku x merungut sikit pun. aku kenal laki aku.aku terima dia seadanya.aku dah expect mesti ada kerja rumah yg perlu aku buat bila aku sampai rumah tiap kali outstation.


one thing that made me TERHARU...aku tengok ada gambar aku & sharul as the desktop background kat laptop En Nas.owh...how sweet...nampak sgt 'someone' misses me while I'm gone.sbb all this while gambar kat desktop laptop dia ialah gambar secawan teh tarik...


then that 'someone' ask me to cook lobster masak merah just like I used to make last week.owh...DOUBLE TERHARU

Wednesday, August 25, 2010

cepatlah jumaat

rindu betul aku dgn si kecik tu

dah 2 hari aku tinggalkan dia.lagi 2 hari utk ketemu semula

I know he's doing fine with his Abah.lagi seronok kot sbb Abah dia pandai bawak berjalan2.bg mkn yg bukan2.Milo...Milo...Milo

kalau dgn Ibu dia asyik kena marah je..haha..just kidding.kadang kala je marah








dia rindu aku ke x?

Monday, August 23, 2010

param



terus terang tahun ni first time aku dengar perkataan "param".tu pun aku tgk kat FB.dah ramai sgt org guna perkataan tu so paham2 sendiri la.kalau search kat memana confirm x jumpa.aku ketinggalan ke? sejak bila perkataan tu diguna pakai?kiranya aku masih rajin nak menyebut 'pasar ramadhan' la sbb aku x sedar sejak bila org guna pakai word tu.

param paling dekat dgn rumah aku ialah kat tapak pasar malam yg aku selalu pegi tiap2 hari selasa tu.bezanya sepanjang bulan puasa ni dia ada tiap2 hari dan peniaganya sgt ramai sampai x tau nak beli apa.

ni kali ke 3 @ 4 aku,En Nas dan sharul pegi param kat sini tapi masih x habis round.aku sebenarnya x minat pegi tempat ramai org ni.aku pegi pun dgn tujuan dan target nak beli apa.bila sampai param je terus pegi ke stall yg dihajati.cepat pergi cepatlah baliknya.lgpun mmg x suka bersiar2 kat param sbb sharul sibuk nak berjalan tgh2 org ramai tu.x kuasa aku.

aku pegi param kali ni dgn tujuan nak cari ikan bakar.ni gara2 tgk Serena mkn kat rancangan Jalan2 Cari Makan pagi ahad tu.kalau ada lala @ kerang bakar adalah 1 bonus.aku tau xder org nak jual kerang bakar nye bulan puasa ni.ada ke?
cuaca panas terik,aku jumpa stall ikan bakar je terus pilih keli 2 ekor,cencaru 1,dan pari 1 tanpa tgk kiri kanan.mahal pun lantak la.sbb plan asal nak mkn buffet lagi yg kos nya rm33 sekepala.aku xtau berapa harga total sbb En Nas yg bayar tapi sempat gak terpandang harga pari rm6,keli rm4 seekor.bila dah bayar, baru la nampak sepanjang row stall ikan bakar tu,mmg stall ikan bakar! ada la 4-6 peniaga berlainan sebelah menyebelah.aku tgk peniaga2 lain, ikan2 diorg nampak lebih sedap dan murah! adoi...nape la aku x tgk keliling dulu sebelum beli?pastu terliur plak tgk kepak ayam madu.beli 4 ketul sbb nampak kecik je kepak tu.
kami sambung perjalanan.seperti biasa nampak ramai beratur kat stall KERAMAT MURTABAK.tiap kali pandang kat stall tu sentiasa org beratur.apa rasa murtabak dia eh?sesapa pernah rasa bg report kat saya ye.aku mmg la bukan peminat murtabak.jgn harap nak beratur.so tengok je la.sambil berjalan aku ternampak gulai lemak siput sedut yg ku idam2kan sejak Zue kawan aku cerita dia berbuka puasa mkn lauk tu.terus beli, x pikir dah sbb sekali sekala je minat nak mkn benda alah tu dtg.

ni adalah santapan berbuka puasa kami semalam.



close up sikit



rasanya x sesedap mana.this is the first and the last time aku beli,esok kalau teringin lagi,aku nak beli kat stall sebelah la ye.air asam dia mmg mcm air rendaman tomato.



kepak ayam madu ni sedap.tongkeng tu En Nas yg mkn, I x minat k.sebelah tu ialah ayam goreng Uncle Bob kegemaran seisi keluarga : )



gulai lemak siput sedut yg caroi

akhirnya aku x habis.menyesal sgt.En Nas pun x dpt nak tolong aku habiskan.lain kali xnak beli byk2 lagi..

P/S : malam ni berbuka dlm flight.I'm flying to Labuan this evening.

Sunday, August 22, 2010

trip to terengganu

entry ni agak basi sbb trip gi terengganu ni adalah 7 hari yg lepas iaitu 15hb ogos.
ahad lepas aku menjadi pengiring kpd Dato KP utk membuat lawatan kerja ke seluruh negeri.aku jadi pengiring utk 1 hari je iaitu ke terengganu.kalau nak ikut jadual Dato' mmg penat oi.walaupun bertolak hari sabtu (ku korbankan hujung minggu dgn family),pulang hari senin,aku enjoy sbb ni first time aku jejak kaki ke terengganu.
dari awal lagi aku pasrah dgn tugasan ini and think positive about it.

ni adalah rupa bilik aku di sana.kami bermalam selama2 mlm di Sumai Suite Hotel di Kuala Terengganu,next to Primula Parkroyal Hotel.



ni katil aku



hari ahad tu kami melawat 2 projek ternakan ayam yg terpilih



kemudian kami lawat projek kambing (maaf gambar tiada sbb hp aku bodoh,dia main sorok2 gambar, byk gambar yg diambil x dpt dikesan kat mana).sebelah mlm ada majlis berbuka puasa dgn Dato' KP serta warga kerja JPV Terengganu.the food was nice.majlis dimulai dgn bacaan yasin,berbuka puasa,solat maghrib,isyak,terawih berjemaah dan ada penyampaian sumbangan kpd ibu2 tunggal,anak2 yatim serta yg kurang bernasib baik.



sepanjang di sana,aku berpeluang buat sight seeing di Kuala Terengganu.ada gi masjid Kristal,Taman Tamadun Islam juga dah sampai tapi tutup sepanjang bulan Ramadhan.agak kecewa di situ.tp yg penting Pasar Payang mesti pergi.aku x berniat nak cari kain batik.so ni je la barang2 yg aku beli kat Pasar Payang.



baju utk sharul mmg wajib beli.dah jadi 1 kemestian aku membeli baju cenggini kalau pegi mana2



ni juga wajib.satu kepuasan utk diri sendiri utk mengumpul magnet walaupun pegi Bukit Merah Laketown Resort sekalipun.



ni mmg sesaja.x penah pun beli makanan kering kalau gi memana.x minat pun.tapi mcm teringin nak mkn serunding dgn kismis jumbo ni.tapi x mkn2 lg sampai hari ni.



sempat juga rembat tudung raya.hehe



utk diri sendiri mestilah ada..rugi la x beli.tapi...x muat tang ketiak..cis

berbuka di PICC

seperti tahun2 lepas,at least pasti ada 1 hari aku akan berbuka secara buffet x kira di hotel atau kedai makan yg menganjurkannya.
tahun ni En Nas telah menjemput keluarga dan staf2 dari MAS utk berbuka puasa di PICC.agak ramai juga.hampir 50 org dewasa dan kanak2 sbb En Nas menjemput seluruh ahli keluarga mereka.
aku gembira sbb seluruh ahli keluarga ada.keluarga terdekat dan juga jauh.tapi bukan semua,yg mana tinggal berdekatan je.



aku dan family bertolak dari rawang



me & my cipom





us again




'tuan rumah'


ni antara makanan2 yg dah masuk dlm perut aku.





aik..gambar nasik mana?

hp aku ni bengong tahap %&^#$@)! byk gambar2 hilang, x tau mana dia sorok.so xde la gambar tu.

terlalu ramai org pada hari ini.mungkin sbb hujung minggu.walaupun harga rm50 1 kepala..see...org skrg dah x berkira nak bayar berapa pun.dan aku pun rasa bukan 1 pembaziran pd yg mampu.tp aku pantang tgk org yg amek makanan byk tapi x habis.aku x suka.tu bazir namanya, walau ko yg byr.

antara menu di sini ialah ;

2 jenis nasi
1 jenis masakan ayam (xtau ayam masak merah @ paprik,aku telan je)
asam pedas daging
udang masak lada hitam
2 jenis sayur
dalca
kari ikan tenggiri

dim sum
laksa
sate
segala jenis masakan goreng
sup
kambing panggang
ikan bakar
roti

ABC
buah-buahan tempatan
manisan (mcm2 jenis)

minuman panas - kopi(with milk) dan teh tarik
kordial 4 jenis - anggur,jagung,sirap bandung dan apa ntah (warna hijau)

ni antara makanan yg aku nampak, ada lagi yg aku x nampak dan xtau namanya

masa diberi hingga pukul 10 mlm.yg bestnya di sini ada Metrojaya Warehouse Sale mulai 18 - 22 ogos)sepatutnya dia habis pukul 9 setiap mlm tapi hari ni masa dipanjangkan hingga 10 mlm.ada potongan sehingga 80% plak tu.
tapi aku x membeli hari ni sbb 2 hari lepas aku dah beli 2 pasang seluar sharul.

aku seronok bila tgk En Nas seronok melayan tetamu dia.eh,mcm tuan rumah la pulak.

p/s - minggu depan aku akan bersahur dan berbuka puasa di tempat org.outstation lagi selama seminggu.

Saturday, August 21, 2010

surprise for me

aku di rawang sejak semalam,berbuka puasa dan bersahur dgn masakan Mak buat pertama kali sejak bulan puasa ni.
Adik pun balik dari Ipoh.tapi kami x berbuka sama2.dia naik ETS dari Ipoh ke Rawang,sampai pukul 8.10 mlm.
Iqah x dpt blk rawang seperti jumaat2 yg biasa.pagi ni dia ada test.lepas test baru blh blk.
Pit buat surprise sbb dia blk tanpa pengetahuan aku.
En nas lepas hantar aku dan sharul,dia blk ke putrajaya sebelum jam 9 sbb dia kerja pagi ni.kalau nak berulang,jauh dan penat.

pit blk bukan dgn tangan kosong.ada 1 plastik warna putih saiz sederhana.aku nampak ada kotak dlm tu.
biasanya dia akan bawak sumthing utk sharul, especially kalau blk dari overseas.biasanya toys la.

so sharul dgn senyum kambingnya menggedik kat pit sbb dia perasan bungkusan dlm plastik tu dia punya.tapi pit kata "ni bukan sharul punya"
so aku fikir ni mesti utk mak.tapi biasanya dia akan bgtau awal2 benda yg dia bawa tu utk mak.x pulak dia menyuarakan apa2.

few minutes lepas dia amek nafas,dia ckp "ni scale....."
bila aku dgr dia ckp scale je, aku dah x dengar apa ayat seterusnya.
aku terus focus pandangan pd benda tu sambil dia keluarkan dari plastik dan kotak.

-

-

-

-



front view




the back view -

-

-

-

tadaaaaa.....




benda alah ni mmg aku ada mintak dia belikan masa dia nak gi Singapore sbb ada member tu kata kat sana lebih murah berbanding harga kat malaysia.masa aku minta tu kebetulan bulan birthday aku.x aku anggap ni hadiah bday la ya.hehe

masa dia pulang dari singapore, xde benda yg ku nantikan tu.aku xde la kecewa sbb aku x harap pun dia cari benda tu kat sana.yg penting msg yg nak disampaikan ialah I wanted him to know what I want.kalau nak cari kat malaysia pun xpe sbb he can afford it.

benda alah ni bukan setakat bgtau berat badan fizikal, tapi dia blh measure berat lemak dalam badan (body fat), visceral fat, BMI, body age, dan sebagainya. suka 44x

tunggu punya tunggu, bulan beganti bulan....xde..

tapi serius aku x kecewa.

tapi mlm td mmg betul2 x kusangka...jumpa jugak dia dgn benda alah tu.hehe.setelah seian lama, aku ingat dia dah lupa...oh TERHARU

sekian, terima kasih :D