Daisypath Friendship tickers

Daisypath Friendship tickers
Showing posts with label urusan kerja. Show all posts
Showing posts with label urusan kerja. Show all posts

Tuesday, March 22, 2011

you don't know what you got till its gone

"jauh bau bunga...dekat bau taik"

itu lah nasihat yg pernah opah berikan semasa aku pernah tinggal bersamanya hampir 20tahun yg lepas.masa tu aku kata aku rindukan adik2ku semasa kami tinggal berjauhan.maksud dia... masa ada adik2, kami selalu bergaduh.tapi bila berpisah....tahu plak rindu

tika ini aku sedang mengikuti kursus induksi iaitu kursus yg wajib DIHADIRI DENGAN JAYANYA..hari ni hari ke 7 berkursus.tinggal lagi 2 hari...pastu aku nak......SHOPPING

mula2 dpt surat tawaran kursus, aku seronok sbb dah lama aku x berjauhan dgn En Nas (seronok ke?)
mula2nya aku seronok sbb kalau berjauhan, bertambah2 rindu la dgn si dia..kalau dekat asyik nak gaduh je..biar dia rindu kat aku.hahaha (gelak Firaun)
pastu bila balik dari kursus, si dia akan layan aku mcm puteri selama beberapa hari


tapi aku kalah pada saat aku sampai di hotel....rindu nak balik rumah.
mujur hotel dekat dgn rumah...tapi disebabkan si dia sibuk bekerja dlm minggu ni...aku simpan hajat nak balik rumah..adalah lebih baik aku duduk di hotel utk study.ada exam yg aku wajib lulus di hujung kursus.

sepanjang 10 hari berkursus, 2 kali aku dpt balik rumah sekejap utk bersama Sharul dan si dia.aku akui sepanjang masa aku rindu kat diorang walau kedua2nya nakal buat aku nak marah je selalu....aku sedar betapa aku kena hargai mereka sementara mereka ada

Thursday, January 27, 2011

tidak semua yg kita mahu, kita dpt

apa punya tajuk daa...


tapi betullah.aku nak cuti hari isnin dgn rabu minggu depan, tapi aku x dpt...argh !


be positive..be positive...


utk pengetahuan semua...3 - 4 hb Feb (khamis dan jumaat) adalah Chinese New Year.sudah maklum?hari selasa (1 feb) sebelum tu pulak adalah Hari Wilayah iaitu cuti umum bagi penduduk Wilayah Persekutuan Key Ell, Labuan dan Putrajaya.woohoo


jadi kan ke sedap hingga menjilat jari jika aku apply cuti rehat pada isnin (31 jan) dan rabu (2 feb)? nak2 pulak kalau bos luluskan.kan ke best tu?dpt cuti dari sabtu ke sabtu?


tapi nOOOOOO...x sempat nak isi borang cuti utk isnin....aku dpt arahan utk melawat ladang ayam di seremban.xpe la.Putrajaya ke seremban dekat je.balik hari.xpe.I can handle it.lepas tu cuti la dari selasa ke sabtu andai kata bos sain borang cuti yg aku apply utk rabu tu.


pagi tadi aku dah submit borang cuti utk rabu, dan PA bos kata dia dah sain borang tu.fuh..lega

tapi ptg tadi ada surat utk aku bertugas di Kedah pada 2hb feb a.k.a rabu !


nak menjerit suara x keluar.nak buat apa?aku fikir dulu agak2 En Nas blh drive x ke Kedah sbb transport kena arrange sendiri.ada x duit utk didahulukan buat bayaran hotel,petrol dan tol?
ok, duit xder alasan sbb gaji bulan ni baru masuk.tapi En Nas blh ke teman aku sekali?dia kan driver setia yg x berbayar.

aku called dia, dia ckp blh dipertimbangkan.ok la tu.kalau dia kata dia kena kerja hari rabu tu, mati la aku.apa alasan yg aku nak reka utk xnak pegi nanti?


so to be positive...aku kena SUKA arahan last minute ni.I have no choice.seboleh2nya aku xnak buat alasan.


so I have nothing to complain about.hari isnin ni pergi ladang bersama bos dan driver.bos blh la menjawab segala permasalahan di sana.driver pula....well......drive la.blh la aku duduk belakang je.lagipun balik hari je.


hari rabu pulak, En Nas mcm xde masalah nak drive ke Kedah.aku plak sempat booked bilik hotel di alor setar.takut lewat book x dpt bilik plak sbb cuti perayaan kan,mesti penuh (read : MAHAL).so no worries about hotel.

memandangkan mak,adik,dan iqah ada di rawang rabu ni, blh la sharul bermanja2 dgn diorang (read : Ibu dgn Abah sharul nak berdating ok)..hehehehe

Thursday, December 30, 2010

new boss

aku x tau what's gonna happen next week



tetiba smlm baru dpt tau yg bos akan ditukar ke Melaka


why so sudden?


next week xkan berjumpa lagi sbb dia kena lapor diri hari Isnin


he's the best boss I've worked with so far (aku cuma pernah ada 4-5 bos je selama 4 tahun bekerja)





siapa kah akan mengganti beliau??



wait n see


: (

Thursday, December 9, 2010

posto ...posto..

wow...banyaknya kotak2 desktop dan laptop delivered to us Seksyen Unggas pg ni...terbau2 bahawa aku pun akan dpt 1 set..dah lama aku tunggu desktop ni, baru sampai..syukur




ni aku punya.segar dari ladang kilang




terima kasih : )




tadaaaa...tapi bukan aku yg assemble..aku x reti dah nak pasang sendiri




dah...mak nak buat kerja.tgh semangat ni.ni transfer dokumen2 dlm desktop baru

Tuesday, November 16, 2010

nak balik cuti....

esok hari raya !

aku baru hampir sampai ke rumah jam 3.30 dari johor.aku minta driver turunkan aku kat ofis En Nas di salak tinggi sbb confirm En Nas belum siap kerja lg. so buat apa aku nak tunggu di ofis putrajaya ? lain la kalau aku bawa kunci rumah.aku selalu lupa nak bawa kunci rumah tiap kali outstation.

raya haji tahun ni kami balik beruas lg.tapi atas tuntutan kerja, kami blk beruas pagi raya.kami masing2 dah minta cuti khamis dan jumaat.


kerja mesti siap sebelum blk kg.kalau x, asyik2 berdering telepon En Nas tu.



seriusnya pakcik !



aku pun tetiba mood nak siapkan report hasil lawatan audit aku ke ladang2 ayam di johor tu dtg.aku kena beri markah dan pertimbangkan sama ada sijil akreditasi mereka boleh diperbaharui atau x.








adoi..kerja x habis lagi.En Nas dah ajak balik.dia nak belanja mkn.yahoo..harus minta yg mahal2 sedap2.

mlm ni kena sambung kerja lagi

Tuesday, October 19, 2010

sampai juga

adalah malas utk menaip tapi nak post jugak entry bersiar-siar di Bandar Melaka ni.sila layan gambar.


ini adalah kali pertama En Nas sharul ke Bandar Melaka.hehe
utk pengetahuan semua, En Nas lahir dan membesar di Sabah, jadi aku x heran la kalau ni first time dia jejak kaki ke Melaka..

aku ke Melaka atas urusan kerja (lokasi - Masjid Tanah), dan aku minta khidmat En Nas utk drive aku ke sana instead of sorg driver jabatan yg aku x berapa percaya dia blh bangun seawal pg (driver kepercayaan aku cuti pd tarikh ni).


selesai tugas, tanpa diminta En Nas bawa kami bersiar2 di Bandar Melaka.masing2 x tau jalan, hanya mengharap pd signboard..hampir putus asa hingga nak balik putrajaya la mencari bangunan merah tu



akhirnya....bila dah jumpa, kami isi perut dulu....lepas isi perut baru kami bersiar2 naik beca



oh I wish to go inside and tell my father what's inside.rasanya dia pun x pernah masuk sini.














saya x segemok itu ok, baju tu yg besar ( x mengaku gemok.hahaha )






Ibu syok sendiri bergambar sorg2



gambar diambil oleh pakcik beca



lagi gambar yg berlatar belakang x menarik diambil pakcik beca.thanks but no thanks pakcik.




kali pertama En Nas dan sharul naik beca









-sekian-

Tuesday, October 12, 2010

penat x habis lg

hello kawan2....:p

tersangat la byk nak aku ceritakan tapi penat sgt.ni mata mengantuk sgt sbb baru lepas mkn dan duduk plak dlm bilik yg ber'aircond' baik punye..

isnin- khamis minggu lepas aku di cameron highland,menghadiri seminar
jumaat aku meeting di ofis putrajaya
sabtu dan ahad aku ke raub,pahang
isnin (semalam) aku ke melaka setengah hari
hari ni sampai jumaat aku di Bengkel di Port Dickson

sedang mencari2 mood dan kelapangan utk menulis entry....harap sabar ye

Thursday, September 30, 2010

bila outstation

cerita ni agak nak basi

aku outstation selasa lepas..gi Bera, Pahang

ni kali kedua aku pegi..kali ni dgn Dr Z

arahan diterima isnin petang, aku cuba book kenderaan pejabat tapi xde driver
jadi kena gi sendiri..tapi disebabkan aku hanya pengiring kpd Dr Z, aku tumpang je kete dia.

taklimat hari selasa pukul 9 pagi.kalau nak gi pg selasa lps subuh pun belum tentu sampai.jadi kami decide nak bertolak mlm isnin,bermalam di Bera je

aku called Hotel Sri Bera, dpt booked 2 bilik.senang sikit hati.sampai sana just cari hotel je,x perlu risau ada bilik atau x

seperti biasa, En Nas la yg hantar aku ke stesen komuter serdang utk bertemu dgn Dr Z yg bertolak dari rumahnya di bangi.

jam 9.10 (janji melayu) baru la Dr Z sampai.sedih nak tinggalkan sharul sbb byk hari aku spent masa dgn dia lately.

dlm perjalanan aku tido, sampai la berjumpa hotel yg dicari2 (nasib baik senang nak jumpa, tepi jalan besar je) hampir jam 12.00 mlm

sampai hotel aku susah nak tido sbb dah lena dlm kete Dr Z.lebih kurang jam 1 lebih kot baru tutup tv dan berdengkur

ni bilik yg ratenya RM73.50 /night











ni mesti bawak balik ni, sesak2 nanti xde shampoo atau sabun blh guna ni



pagi dimulakan dgn taklimat a.k.a meeting..dgn ADUN kawasan plak tu.
aku x tau.pagi tu baru tau meeting ni melibatkan ADUN kawasan

meeting went well sampai jam 11

pastu ada lawatan ke tapak projek sekejap





tu dia...org kampung kerumun mcm dekat crime scene plak



ni la projek tuh





projek pembinaan 5 reban puyuh fully close house(wow....)


lepas tu, ikut ADUN pergi ke pejabat veterinar daerah Bera utk merasmikan kempen suntikan penyakit FMD dan HS serta jamuan hari raya bersama penternak daerah Bera





ada penyampaian plak utk penternak yg sudah daftarkan ladang mereka oleh ADUN




enough with work already....

hati berbunga2 dlm perjalanan balik..perjalanan dari Bera jam 3 ptg, sampai serdang jam 7 ptg..dah la lapar gila bila sampai

terus ajak En Nas mkn kat Alamanda

soalan yg kutunggu2 dari En Nas (as usual dia akan tanya)

"nak mkn kat mana?"

dgn yakin aku jawab "secret recipe"







disebabkan En Nas yg belanja...Ibu pun nak kuar duit jugak...Ibu belanja sharul ya






p/s : En Nas ckp, lps aku tinggalkan mereka, sharul memanggil2 "Ibu...Ibu...Ibu" sambil nangis....oh...syahdunya....: p

Friday, September 3, 2010

work meets pleasure part 2 (penang)

selepas berhujung minggu selama 4 hari, aku tinggalkan sharul dan En Nas sekali lagi.kali ni aku ke penang dan bermalam di Sunway Hotel,Seberang Jaya.it's a 4 star hotel.not bad.rate rm189/night nett.

deluxe room

lepas check in, kami cari port berbuka puasa di Nasi Kandar Pelita.dekat je dgn hotel.





tengok tu, org ramai beratur utk dapatkan nasi kandar



malam pulak aku dan Madihah tgk wayang.cerita 'Grown Ups'.ok la gak citer tu.x best sgt tp x mengecewakan juga.thanks Madihah sbb belanja.

then malam jumpa ex-classmate Diha masa belajar dulu.dia bawa kami mkn char kuey teow.I'm not a big fan of char kuey teow tapi pada aku, tempat tu char kuey teow dia paling sedap yg pernah aku rasa selama 28 tahun aku hidup.ni yg ramai2 ni semua nak mkn char kuey teow atau sate.sbb tu je menu yg ada.





sedap hingga bila dapat je, terus mkn tanpa tgk kiri kanan.xsempat nak amek gambar.dah nak habis baru la...





the best part is the sahur...walau kena turun ke cafe instead of dihantar ke bilik,suasananya dah mcm breakfast time.ramai...yg bukan melayu pun sanggup turun early in the morning.

kalau boleh semua menu aku nak rasa.tapi x larat nak mkn semua sbb x biasa mkn byk awal pagi (ye ker?)


the main course

my favourite...pineapple danish (aku mkn 2 ketul) dan croissaint with butter spread..heaven

Wednesday, September 1, 2010

babak sedih pg Rabu

ketika entry ini ditulis, aku berada di atas katil di Penang.

aku sambung perjalanan ke semenanjung pulak bersama rakan2 sekerja sehingga jumaat ini.


pagi tadi aku hantar sharul ke taska.mmg En Nas akan hantar aku ke ofis tiap kali aku outstation.malas nak tinggal kete kat ofis.bukan selamat sgt lgpun.


aku mmg x suka hantar sharul ke taska.sbb x sanggup tgk dia menangis.aku faham sgt perasaan dia.mestilah xnak berenggang dgn Ibu dan Abah dia.lagi2 dah 4 hari x pegi ke taska.


mmg tiap pagi En Nas yg hantar sharul ke taska.aku pulak yg akan menjemput dia balik.kalau blh aku nak punch kad tepat pukul 5 supaya blh amek dia di taska secepat mungkin.seronoknya muka dia bila nampak aku di taska tiap hari.



..pagi tadi...(syahdunya bila dia peluk aku erat...sob...sob)


anak aku ni mmg 'putera lilin'



Sharul "Ibu, where r u taking me to? (eleh...mcm la sharul dah pandai speaking english pulak kan?)


erk? muka sape yg lebih sedih ni?


p/s - x sanggup amek gambar sharul nangis masa sampai taska td : (

Tuesday, August 31, 2010

work meets pleasure part 1 ( labuan-kuching-mukah)

hai semua,
nak cerita pasal travel ni kena amek mood
last week aku bersama rakan2 kerja travelled to labuan-kuching-mukah.masa spent there sgt la limited.tumpuan adalah utk siapkan kerja which is lawatan ladang, then ada masa kami sempat jln2.tapi frankly masa kami byk di dlm flight @ airport.
I wish I can buy ole-ole utk family n frens, tapi x sempat.dan malas fikir nak beli apa utk korg.budget pun x brape nak ada.so mana yg sempat disambar, tu je la yg ada.

mari layan gambar


23hb ogos, depart from KLIA 18.45


ni hotel yg aku menginap di Labuan



2 katil single bed utk aku seorang. not bad..



cute kan?


yg ni cute x? LOL...gambar gedik wajib ada ok



rate bilik mcm ni rm98/night nett.sahur TIDAK disediakan....jadi inilah sahur aku pagi itu




remember...





24hb ogos, left Labuan for Kuching, time depart 15.35


ni katil aku di Grand Margherita, Kuching. better..rate pun 160++/night




sahur kena order sebelum tido.ada mcm2 menu utk dipilih.mlm pertama di sini aku pilih nasi lemak, jus oren.



mlm kedua aku pilih nasi goreng, jus oren , dan milo panas




one thing I love about this hotel is the decor..cantik sgt








x sah kalau dah sampai Kuching x beli kek lapis kan? walau aku x minat makan, aku beli utk family n fren (yg mengirim)


harus menaiki bot utk mendapatkan kek lapis


dah sampai Kuching, xkan x amek gambar dgn 'kucing2' ni kan



26hb ogos , from Kuching to Mukah, time depart 9.10





sebelum sampai ke sini, kami naik pesawat comel ni.ada 10 penumpang je masa tu.kalau penuh muat 18 org.




oh, blh nampak apa pilot tu buat



ni adalah airport Mukah.di sebelah kira ialah tempat tuntutan bagasi.di sebelah kanan adalah tempat 'check in'

mari tgk bilik hotel ni. I like this one here too

rate bilik ni rm115/night nett.


tv besar tapi hampeh xder tv3


kekurangan - tiada petiais



I would love to have this type of sink. tapi bila basuh muka je, air keluar dari sink.cancel terus

sahur dihantar ke bilik. masa check in, blh pilih 1 antara 2 set munu.I chose set mee goreng. menyesal



sekian, terima kasih


p/s - harus mengundur diri skrg sbb nak tidokan sharul.dah kul 11 lebeh