Daisypath Friendship tickers

Daisypath Friendship tickers

Sunday, January 30, 2011

travel made easy

I like to travel light..


seboleh bolehnya nak bawa everything tapi beg kecik je...so I found these that can give a little help




dapatkan di Watsons





x perlu la bawa botol shampu yg besar tu




siap ada label sekali




I'm loving it.

Tupperware

tadaaa....my very first Tupperware

aku mmg dah lama aim brand Tupperware ni.tapi bila tgk harga memasing, fikir 10 kali aku.aku kan kudukut sikit.hehe


tapi gaji bulan ni aku mmg peruntukkan some amount of money utk dapatkan item2 idamanku dari brand ini.


utk bulan ni aku pilih 2 item







water dispenser




dan






reheatable microwave container (x ingat nama dia tapi lebih kurang mcm tu la)
semangat mak nak masak pepagi utk bawa bekal nanti.kat pantry office tu ada microwave



bulan depan nak beli container khas utk simpan barang2 basah dlm freezer plak



nak jadi ahli bayar rm60 je kan?

Friday, January 28, 2011

geli ok

mintak maaf la kalau ada yg terasa...tapi aku x tahan lg dah.

geli geleman ok baca status sayang menyayang laki bini kat FB ni.walaupun dah jadi laki bini aku naik mual,inikan pulak kalau belum nikah.ko tgh la nanti apa jadi lepas ko nikah.hehehe (evil laugh)


aku x blh la baca status mcm ni.tau la ko syg laki ko. aku pun syg laki aku tapi xde la aku publish kat status FB contoh "saya rindu sgt2 kat Abang"....erk..aku xtau nak bg contoh apa lain.mualbila nak memikirkan ayat2 jiwang mcm tu.tapi contoh2 ayat sebegitu la.tapi even worse bila ada diselitkan nama2 timangan seperti 'bucuk'.bluek



tapi kalau nak babytalk dgn anak ko xpe,aku blh baca lagi tanpa rasa muak.

aku sikit pun x jeles dowh.nak express feeling2 jiwang karat ko tu tapi aku rasa benda tu privacy ko,keep it to yourself ! bak kata En Nas "benda2 romantik mcm ni x payah nak tunjuk2"

aku plak yg rasa malu sbb terbaca babytalk ko dgn laki ko.


eh, udah lah.mak ni cranky kot.period dtg lewat.x pasal2 org lain nak feeling lovey dovey kena maki dgn aku.hahahaha

chow

Thursday, January 27, 2011

tidak semua yg kita mahu, kita dpt

apa punya tajuk daa...


tapi betullah.aku nak cuti hari isnin dgn rabu minggu depan, tapi aku x dpt...argh !


be positive..be positive...


utk pengetahuan semua...3 - 4 hb Feb (khamis dan jumaat) adalah Chinese New Year.sudah maklum?hari selasa (1 feb) sebelum tu pulak adalah Hari Wilayah iaitu cuti umum bagi penduduk Wilayah Persekutuan Key Ell, Labuan dan Putrajaya.woohoo


jadi kan ke sedap hingga menjilat jari jika aku apply cuti rehat pada isnin (31 jan) dan rabu (2 feb)? nak2 pulak kalau bos luluskan.kan ke best tu?dpt cuti dari sabtu ke sabtu?


tapi nOOOOOO...x sempat nak isi borang cuti utk isnin....aku dpt arahan utk melawat ladang ayam di seremban.xpe la.Putrajaya ke seremban dekat je.balik hari.xpe.I can handle it.lepas tu cuti la dari selasa ke sabtu andai kata bos sain borang cuti yg aku apply utk rabu tu.


pagi tadi aku dah submit borang cuti utk rabu, dan PA bos kata dia dah sain borang tu.fuh..lega

tapi ptg tadi ada surat utk aku bertugas di Kedah pada 2hb feb a.k.a rabu !


nak menjerit suara x keluar.nak buat apa?aku fikir dulu agak2 En Nas blh drive x ke Kedah sbb transport kena arrange sendiri.ada x duit utk didahulukan buat bayaran hotel,petrol dan tol?
ok, duit xder alasan sbb gaji bulan ni baru masuk.tapi En Nas blh ke teman aku sekali?dia kan driver setia yg x berbayar.

aku called dia, dia ckp blh dipertimbangkan.ok la tu.kalau dia kata dia kena kerja hari rabu tu, mati la aku.apa alasan yg aku nak reka utk xnak pegi nanti?


so to be positive...aku kena SUKA arahan last minute ni.I have no choice.seboleh2nya aku xnak buat alasan.


so I have nothing to complain about.hari isnin ni pergi ladang bersama bos dan driver.bos blh la menjawab segala permasalahan di sana.driver pula....well......drive la.blh la aku duduk belakang je.lagipun balik hari je.


hari rabu pulak, En Nas mcm xde masalah nak drive ke Kedah.aku plak sempat booked bilik hotel di alor setar.takut lewat book x dpt bilik plak sbb cuti perayaan kan,mesti penuh (read : MAHAL).so no worries about hotel.

memandangkan mak,adik,dan iqah ada di rawang rabu ni, blh la sharul bermanja2 dgn diorang (read : Ibu dgn Abah sharul nak berdating ok)..hehehehe

boleh la berangan -angan dulu

just came back from Bahagian Pengurusan Hartanah utk ambil surat tawaran dpt kuarters jenis teres.

dimaklumkan rumah tu 2 1/2 tingkat.whoah..hari tu kami dah pergi.nampak dari luar je sbb berkunci (mesti la kan).pada pendapat aku, dari luar nampak kecik.niat aku nak bercucuk tanam terbantut sbb xde tanah kat depan tu.tanah yg ada cuma utk jemur baju yg ampaiannya kecil je.kereta pun muat2 masuk 2 bijik.tapi xpe aku tetap syukur.sbb yg penting bg aku, x perlu naik turun lif dgn nak dukung sharulnya lagi, nak angkat barangnya lagi.beg2 (sigh)

org yg lebih gembira dpt rumah teres ni ialah En Nas.kalau blh dia nak bayar semua deposit hari ni jugak sbb kononnya blh masuk rumah lebih awal.jgn harap la ye.
skrg rumah tu under maintenance work.katanya nak dicat lagi tu.so sabar ek.lg 2 bulan baru blh masuk.


tadi En Nas bayar deposit rumah RM600 utk teres.erti kata duit yg dibayar tu tanda setuju terima tawaran.tinggal lagi nak fax surat setuju terima tawaran bersama resit bayaran deposit td.


lepas kerja2 maintenance dah siap, baru la diorg akan call utk ambil kunci...

Monday, January 24, 2011

nak nangis....

one thing that can make me cry instantly is when someone else do wrong to my love ones especially my baby..

setelah seminggu x jejak kaki ke taska, hari ni aku hantar sharul ke taska seperti biasa bersama En Nas. En Nas biasanya akan tunggu dlm kereta sementara aku hantar sharul di depan pintu taska.
kalau aku x lewat, aku hantar sharul hingga dalam bilik dia sbb dlm bilik tu ada penjaga yg dah biasa tu.tapi kalau aku lewat, aku hantar sampai muka pintu je.dan penyambut tetamu penjaga akan sambut kanak-kanak riang dan hantar ke bilik masing2 mengikut peringkat umur.

biasanya begitu......

sejak tahun baru 2011 ni aku perasan ramai pekerja2 baru.x kisah la

tapi pagi tadi, aku x perasan penjaga yg sambut sharul tu orang lama atau baru.aku agak lewat utk ke tempat kerja.lgpun aku mcm malas nak hantar sharul sampai bilik dia sbb aku expect penjaga kat depan muka pintu tu akan dukung sharul dan bawa dia masuk ke dalam.

tapi apa yg berlaku...sempat juga aku dgn En Nas melihat dari dalam kereta...

penjaga tu mula2 dukung sharul,lepas aku beredar je, boleh dia turunkan sharul then suruh sharul berjalan sendiri ke arah bilik dia.pastu beg sharul dia tinggalkan dulu kat atas meja dekat dengan muka pintu.aku x perasan penjaga tu perasan x yg kami laki bini tgh perhatikan dia.sama ada dia sengaja atau tidak aku pun x pasti.
tapi En Nas mmg marah.aku pun marah dlm diam.

tapi penjaga tu x salah kan?sharul dah besar,dah blh berjalan sendiri ke bilik dia jadi x perlu la dia dukung dan tunjukkan jalan ke bilik sharul..

aku kecik hati dia buat mcm tu kat anak aku.aku pun keluar dari kereta, ambil beg sharul yg dia tinggalkan kat depan tu, bawa ke bilik sharul.then aku tgk sharul terpinga2 sendirian.seolah2 tempat dan kanak2 dlm taska tu begitu asing buat dia.tuhan je yg tahu perasaan kasihan aku 110%.kalau aku tgk anak org yg sebaya sharul mcm tu, aku pun kesian,inikan pulak anak aku sendiri.rasa mcm nak nangis, xnak pegi kerja.

aku dekat dgn sharul sambil beri botol susu dia yg susunya hampir nak habis sbb dia dah minum dari rumah lagi.tinggal baki sikit je.blh la dia lapik perut sementara.

aku x puas hati sbb taska tu dah terlalu ramai budak utk dijaga.penjaga x cukup.jadi anak aku ditinggal terpinga2 seorg diri mencari arah tuju.


tapi bila difikirkan 10 kali, penjaga tu x buat salah apa pun.dia ada ramai budak yg perlu dijaga dan perhatian haruslah pd budak yg kurang upaya umurnya.anak aku dah pandai berjalan, jadi dia boleh berdikari, cari haluan dia sendiri
kalau aku jadi penjaga taska, itu la alasan aku.

cuma sebagai ibu ,mithali aku x sampai hati tgk anak aku terpinggir.huhuhu


p/s : masa aku jemput sharul ptg tadi, aku tgk dia main sorang2.x dihiraukan.kesian tau.pastu sempat aku intai ke dlm bilik bayi, ada sorg penjaga baru (sbb x pernah tgk muka dia sebelum ni)tgh layan sms baek punya.cis, kalau aku ada baby dlm bilik tu, confirm aku tukar taska, x blh harap kalau budak2 ni layan sms masa kerja.

Sunday, January 23, 2011

I'm still here

just wanna tell u that i'm still here and i'm not busy.haha


just malas nak update blog


have a nice day : )

Saturday, January 8, 2011

sakit mental

ingat x yg kete kami kena calar oleh org busuk yg x takut balasan Tuhan?
rupa2nya bukan kete kami je kena.lepas kejadian kete kami kena calar....aku perhatikan tiap bijik kete yg park di bawah tu (P2).
mmg ada few kete lagi yg kena.cara calar tu sama.mcm org buat.yg beza cuma calar pendek atau panjang.

ada org gila kat blok B ni laa.....bodoh s*%#

dialog sepasang suami isteri

di suatu malam yang hening




seorang suami melihat tubuhnya di hadapan cermin sambil bertanya kepada si isteri.




sang suami : By, Nas gemok x?



si isteri dengan sejujurnya menjawab : gemok



suami : ye? baguslah.....sepadan dgn By






isteri : %$#&^%*@$




P/S : "By" adalah panggilan utk both laki bini yokies ini

Wednesday, January 5, 2011

Bazarena Shah Alam





this is why I love Shah Alam



untuk tahun 2011 ni, I 'll try to do something different.


kalau biasanya aku akan shopping di sini lepas dapat gaji....NO MORE


aku akan shopping sini bila gaji dah masuk tapi......bukan spend duit gaji yg baru masuk.....instead.....spend leftover (money) JIKA ADA LEBIH....repeat







JIKA ADA LEBIH..................OK

belanja dapur

En Nas : belanja dapur kita bulan lepas RM900++

Me : ?????







must do something about this


1. list down what we need

2. buy ONLY what's on the list


* DON'T FORGET TO BRING THE LIST TO THE HYPERMARKET



new habib habit that needs my effort




TO DO BUY LIST !

Tuesday, January 4, 2011

kecewa

salah satu sebab aku kecewa hari ni


breakfast : biskut Jacob Hi Fiber 3 keping (good start)
Milo Fuze 3 in 1 ( kills the good start)


lunch : nasi putih separuh (normal what)
sambal tempe yg sedap ( lepas mkn kentut2 sbb angin)
ayam masak merah (can't resist, sorry)
sedikit kuah tomyam secukup rasa
TEH AIS which I think was not necessary ! order sbb teringin, dah lama x
minum teh ais..tapi bila tgk member sorg ni minum air kosong je (without
ice ) terus insaf dan teringat sedang berdiet ! dgn bangganya aku minum
teh ais separuh gelas je..


petang : dalam meeting yg panjang aku minum few sips of teh tarik kurang manis (good)
dan 2 jenis kuih (ok kot).no harm.


malam : hari Selasa ialah hari bebas masak (cooking off day) sbb ada pasar malam
yeay...mkn oily chicken wings 4 ketul.few cendawan gorengs.mocha Kopi 1
buatan Malaysia....there goes my &%^$@!* diet !


aku x suka buat azam.mmg x terbuat.let me do things slooooooooooooow but consistant.no pressure

p/s : mahu dapatkan air kosong sekarang jugeeee

I hate this part right here

arghhhhh ! benci !

kenapa aku blh rasa nak marah dan benci at the same time secara TIBA2?



why ?


why ?


why ?


aku tetiba naik marah + angin + benci bila En Nas pasangkan DVD Shrek for the zillionth time !



W T H ? tu pun nak marah ke?


bila dia pasang DVD tu, aku mula2 blh lg layan FB and few blog updates yg aku belum baca lg...hoping that he notice that aku x join tgk DVD so maknanya aku x suka tgk DVD (read : Shrek) at that time ok...


tapi dia punya syok layan DVD tu dgn Sharul.



aku pun without saying a word (lepas puas baca all the updated FB status and blog entries) terus masuk bilik and tried to read my new magazine..


tapi xde mood langsung ! aku tried tido


dapat la lena sekejap < 1 hour, then bangun and starred at NOTHING !



W T H ? aku dah nak menopause ke?

now I can't sleep coz the night is still young.so I do what I feel like doing


layan MTV sambil post few entries