Friday, February 3, 2012
so proud of u my fren
we updated each other while she waits for her office driver to go back to Melaka, where she lives and works.
I asked her about her other job. I had a guess of what she is up to and I was right. She's going to open her own bussiness in veterinary and MAYBE soon to quit being a government servant.
hei, that's my dream job (not exactly to be what she's going to be) but I would like having my own bussiness only that it's not in veterinary.
but I don't have the money, the guts, and the confidence. so I shall stay being a government servant... : (
lagipun En Nas never supports me to jump into bussiness because I don't have what it takes to be a bussiness woman.
sejujurnya aku jeles that she makes extra money (banyak pulak tu, I expect) but she deserves it..she works hard every day and night, even on weekends. that is something I may not do.
so to my friend (u know who u are) I wish u good luck with your new career. enjoy : )
Thursday, January 19, 2012
Wednesday, April 13, 2011
eye bags
kenapa aku x cukup tido smlm?
lepas blk dari kerja, rutin biasa pada hari selasa ialah pergi pasar malam selepas ambil sharul dari taska.walau hujan lebat, En Nas pergi juga pasar mlm, kalau x pergi, x mkn la kami.lgpun since nasi lemak ahad lepas, aku x masak kat rumah lg sbb paip dapur bocor.bila air jatuh dlm sinki je, dia muntah blk air busuk tu melalui lubang lantai dapur.xnak la aku.nak masak sure guna byk pinggan mangkuk, kuali...dan dah tentu kena basuh segera.aku x suka tgk pinggan mangkuk berlonggok dlm sinki walau 5 minit.x suka tau.
En Nas bgtau yg dia kena keluar mlm nanti utk pick up his new semi skilled worker yg dtg dari Penang, kat stesen bas Bukit Jalil tu.so aku x kisah la,sbb bukan selalu pun.ni kes emergency sbb syarikat M** ni nak pakai pekerja segera sbb pekerja sebelum ni bermasalah.so sebagai vendor, En Nas kena la provide main power segera.hari ni dia call budak tu utk lapor diri utk esok, hari tu juga budak tu bertolak dari Penang.mmg bersungguh nak kerja budak ni, bagus.
mula2 aku ckp nak ikut sbb aku takut duduk rumah berdua dgn sharul mlm2.tapi bila difikirkan, kesian sharul.dia mesti tido awal mlm tu sbb pg nya kami semua kena gerak awal.En Nas kena bawa budak baru ni lapor diri kat Subang Airport dulu.so En Nas kata esoknya keluar dari rumah jam 7 pg.so aku decide x pyh ikut la.
lepas En Nas keluar rumah kul 10 lebih, aku ajak sharul tido depan TV.aku takut nak naik bilk kat atas.kalau terdengar bunyi2 yg mencurigakan dari luar rumah, blh jerit kuat2 biar jiran semua dengar.tapi kalau kat dlm bilik ,x dengar apa2 dari luar.
lepas keluar En Nas hantar msg minta maaf sbb dia terpaksa tinggalkan kami kat rumah sebab kerja.aku sikit pun x marah sbb benda ni jarang berlaku dan aku dah mula faham bidang kerja dia yg mmg sgt berbeza dari bidang kerja aku yg mkn gaji ni.
aku tido2 ayam sampai la dia balik jam 1.20 pagi.dia mula
rupa2nya budak baru tu bawak bapa dia bersama.pastu kakak dia yg sarat mengandung dan abang ipar dia yg duduk Klang pun dtg kat stesen bas.aku faham sgt2 situasi dia.yelah, siapa nak biarkan anak dia travel dari Penang ke KL walau utk lapor diri ke tempat kerja dlm keadaan tergesa2? setiap bapa yg bertanggungjawab mesti akan buat mcm tu.dia mesti ada perasaan 'don't trust anyone'.
En Nas pun dpt meyakinkan mereka sekeluarga ttg kerja yg anak dia akan buat ni.and he convinced the father yg anak dia akan berada in good hands.. bagus la diorg semua x byk 'cekadak'.mau x En Nas maki tgh2 mlm tu kalau diorg byk 'cekadak'.dari bas stesen, En Nas hantar budak tu kat asrama pompuan khas utk pekerja, dan bapa dia tumpang tido kat asrama lelaki.
pagi ni aku bgn 6.00 pagi, tapi En Nas plak yg bgn lewat.kul 7.00 baru nak mandi.aku sampai ofis 7.45.baguskan.blk mesti 5.30 tepat ye By, dah janji nak blk awal hari ni.
P/S : saiz mata separuh dari saiz asal
Monday, April 11, 2011
today's ride
Saturday, February 12, 2011
menanti.....
Sunday, January 23, 2011
I'm still here
just malas nak update blog
have a nice day : )
Thursday, December 30, 2010
new boss
tetiba smlm baru dpt tau yg bos akan ditukar ke Melaka
why so sudden?
next week xkan berjumpa lagi sbb dia kena lapor diri hari Isnin
he's the best boss I've worked with so far (aku cuma pernah ada 4-5 bos je selama 4 tahun bekerja)
siapa kah akan mengganti beliau??
wait n see
: (
balik awal korg ye
rasa mcm nak raya la plak.
esok nak raya,hari ni sesuka hati blk awal
kalau time raya mmg la acceptable sbb ramai yg nak blk kampung.ni nak blk mana sambut new year ke?
tinggal lah aku sorg2 dlm ofis ni.kat luar tu ada la 2 org lagi.yg lain dah selamat, walau waktu kerja diorg sampai kul 5.00.
sebenarnya kalau aku drive sendiri ke ofis, dah tentu selamat sampai ke rumah.hehehe
En Nas masih ada kerja di hanger (bukan pengangkut baju ok).oh jgn sampai janggut tumbuh while I wait..
mlm ni kami berempat (termasuk Tika dan sharul) akan ke panggung wayang..hehe
first time for "Aloy".harap dia x nangis atau buat hal.kalau dia buat hal, En Nas sila bawa dia keluar panggung ok.
cerita ape?

ni kali kedua tgk tau
first time tgk poster ni punya la pangkah x mau tgk sbb cerita komedi melayu x best.kononnn
lagi2 tgk pelakon yg berlakon 'zombi kg pisang'. movie tu mmg x pernah tgk habis.waktu keluar time raya tu pun, terus tukar channel lain.
hambik ko ! ni siap nak tgk utk kali kedua....di panggung plak tu.
terasa nak tgk lepas ramai yg bagi komen yg memberangsangkan lepas tgk movie tu.so xnak la ketinggalan
ni pun kali ke 3 cuba book online baru dpt..tu pun booked 2 hari in advance ! hebat x hebat cerita ni.mesti pecah
korg dah tgk?
Tuesday, November 2, 2010
makan luar
laki : ada...yg perbelanjaan kita mkn kat luar pun ada.
bini : berapa?
laki : bulan ni je dah RM700
bini : erk??
laki : tu belum termasuk groceries bulanan.bahan mentah yg beli tapi membusuk dlm petiais tu sbb By x masak...
????!!!!
Tuesday, October 26, 2010
menunggu prince charming
kalau dulu, masa bercinta dgn En Nas,
skrg bila dah kawin ni, dah lebih 2 tahun dah (syukur)...rasa sakit hati pun ada kalu dia lewat 2 minit..maklum la, dari zaman cintan cintun En Nas jenis punctual.sampai skrg pun dia punctual, so kadang2 bila dia x dpt tiba on time (selalu salahkan traffic jam)mula la aku tarik muka 14..???
aku dan En Nas mengamalkan berkongsi kereta sejak 2-3 minggu ni..dia kata dia blh jemput aku lepas waktu kerja on time.aku suka bangat sbb x pyh drive.tiba masa aku dihantar dan dijemput.suka 3x
tapi hari ni En Nas ada meeting..habis lewat plak tu,x tau bila habisnya.udah2 la tu Tuan Pengerusi.En Nas ada anak bini yg nak dibawa shopping mlm ni.ngeh ngeh ngeh
but is this the price I have to pay bila berkongsi kereta? xpe lah. aku redha.yg penting
aku masih blh tersenyum sambil tunggu En Nas dtg jemput sbb he promised to bring me to Alamanda utk dapatkan sling bag yg aku nak tu.so far he never breaks his promise.
that's one of the reasons why I love him so much....
yea..udah..
Tuesday, October 19, 2010
hutangku padamu
oleh sbb aku berhutang pd mu Zue, aku jawab terus ni..hehe
1. write 5 interesting facts about the person who give u this award
facts sudah pasti, tapi interesting? x tau la.hehe
a)suka masak nasi, sbb masa kami practical sama2 di zaman U, dia la yg selalu masak nasi (ok x?)
b)suka shopping dan travel x kira masa
c)mempunyai seorang puteri berumur 1 tahun 4 bulan ketika ini
d)mula aktiviti blogging ketika dalam pantang
e)pemegang card Jaya Jusco just like me.hehe
2. write down 10 interesting facts about yourself and your hobby
a) suka diambil gambar tapi x suka berposing.yes, I like it if u take my candid photos
b) suka beli perfume tapi x pakai..especially the little pretty sample bottles
c) suka pergi pasar malam..sejak zaman cintan cintun hingga skrg.sebelum ni x suka tapi sejak kenal En Nas, jd seronok bila pergi pasar malam
d) suka beli buku tapi x baca..so true..harap umur aku panjang sbb aku beli buku utk dibaca bila pencen nanti..
e) favourite kerja rumah ialah membasuh pinggan
f) x suka pergi klinik sbb I believe that I can take care of myself bila demam
g) bercita2 utk membina tandas/bilik mandi awam di tepi pantai suatu hari nanti
h) mahukan compact car instead of big cars sbb senang parking
i) sudah ada senarai nama utk anak2..future children..
j) kaset pertama yg dibeli long time ago ialah kaset KRU..yeay.aku lah peminat x setia KRU
3. pick your most 10 deserving recipients and describe themx sampai 10 org kot
a) shafizah hisham - makchor sharul
b) fariha - "along anak ayah"
c) sesapa pun blh buat la kalau nak.hehehe
Thursday, October 14, 2010
boleh ke?
Sunday, September 26, 2010
"ke mana nas pergi, 'kerja' mesti ikut"
gambar diambil dari meja mkn...dah berbuih aku ajak dia lunch sesama tapi dia ikut time mkn dia je...kerja mesti siap dulu..kadang2 dia mkn sekali sehari......oh...hebat :p
tgk tu...'kerja' En Nas bukan setakat dibawak balik ke rumah di Putrajaya....sampai ke Rawang 'kerja' tu ikut...Beruas pun mungkin
hampir 8 bulan En Nas x mkn gaji...dia 'buat' gaji dia sendiri...bisnes sendiri
sejak bulan 2 tahun 2010, En Nas operate bisnes. I'm proud of how he works
kalau aku bos, dpt title pekerja cemerlang tiap tahun.bukan nak tipu..tapi he's very dedicated to his bisnes
pada mulanya byk kali la jugak gaduh2 sayang ni..semua gara2 'kerja'
dah mcm 'org' ketiga la plak antara kitorg.tapi skrg dia dah makin pandai bahagikan masa dgn family
dah dia cp mcm tu, aku kena accept la..janji apa yg diusahakan utk kami sekeluarga juga dan ia sgt la berbaloi
"kita pergi bercuti nanti, 'kerja' tinggal blh x?"
Friday, September 17, 2010
nak announce ke x? nak announce ke x?
*
*
*
aku sangat gumbira !
sbb aku blh membiarkan nafsu makan aku bermaharajalela !
pic google
this time, aku mmg xnak canang 1 dunia yg sharul akan dpt adik lagi
berita x se 'hot' masa mula2 dpt berita sharul akan di'amanah'kan ke dunia dulu
yes ...aku guna perkataan 'amanah' sbb aku sentiasa mengingatkan diri sendiri yg dia milik Allah yg diamanahkan kepada aku utk dijaga di dunia ni.
org yg aku bgtau hanya En Nas sbb dia yg akan membayar bil hospital nanti..mmg aku dah plan nak pilih klinik swasta instead of hospital kerajaan so haruslah beringat utk menyimpan duit ya, nak bersalin ni.
syukur...aku diberi peluang kali ke-2 utk merasai tempoh mengandung.harap aku dan 'baby' sihat sehingga kelahiran dan kehidupan selepasnya.
byk sgt reasons kenapa aku nanti2kan berita ni,hanya aku je yg tau
yg penting kali ni aku berazam nak jaga kandungan dan pemakanan aku sebaik mungkin sepanjang tempoh 9 bulan (atau 7 bulan pun xpe.sharul tu sihat je.Ahamdulillah)
mak, confirm mak kena pencen tahun depan...sbb nak jaga cucu dan saya yg dlm pantang nanti..nanti nas carikan bibik sorg ye utk tolong mak
now that sharul understands what a baby is...
sharul nak baby x?
erk?
Saturday, September 11, 2010
blog bercuti
bila ntah...selamat hari raya semua
p/s :kat kg line x kuat, nak post entry ambil masa setengah hari
Friday, September 3, 2010
Thursday, August 19, 2010
bukan malas tapi xder mood ok
ni adalah muka saya tika ini (sambil jejari merangkak menaip)
sgt bosan OK nak menunggu jam 5 petang.masa utk balik menjemput sharul lalu menunggu En Nas blk dan bawa saya ke PICC Metrojaya Warehouse Sale.hehe (hari ni saja)
bukan xde kerja sebenarnya.i'm in a middle of doing sumthing here.
tapi..OFIS SAYA SGT SEJUK ! lalu mematikan mood kerja saya..
badan saya mmg x blh tolerate suhu rendah dari dulu lagi.in fact skrg ni rasa mcm semua internal organ saya BEKU ! betul ke saya ni jenis 'warm blooded'?
jejari ni pun mcm lumpuh sbb I can't really feel my fingers.nak menaip pun susah.
waktu ni aku tgh pakai blazer (tebal gak) covered with shawl (yg nipis).selimut pun ada dlm almari tu.oppss..still x cukup.xkan nak kena beli winter coat plak? kalau benda tu sepuluh ringgit petang ni gak aku beli
lagi satu kesan sejuk - cepat lapar la oi.mmg x blh nak berdiet aku ni kalau hari2 mcm ni.
dlm ofis tahan lapar,bila blk umah terus mentedarah.
bila sejuk cepat rasa marah.apa kaitannya, aku pun x tau.
kesimpulannya sejuk = xde mood nak keje
boleh x?
Wednesday, August 18, 2010
Persiapan Raya
Hari Raya Puasa adalah hari paling penting dalam kalendar tahunan aku.tarikh yg diberi keutamaan bila pertama kali melihat kalendar setiap kali tiba tahun baru.
sejak dari awal tahun lagi aku dah fikir hari apa patut aku amek cuti raya.hehe
berikut adalah item2 utk persiapan Hari Raya 2010 ;
1.
seperti tahun2 lepas, yg wajib dibeli adalah sepasang.tapi biasanya 2 pasang.bila dah mula bekerja dan ada duit sendiri,3 pasang.bila dah naik pangkat jadi Ketua Seksyen @ Pengarah, 4 pasang la kot.hehe.kan dah berangan
aku lebih selesa beli baju raya ready made seperti tahun2 lepas.tapi tahun ni ada keinginan utk tempah sbb nampak cantik dan selesa bila dipakai nanti.of course la, lagi2 yg diukur oleh tailor instead of hantar baju contoh.
kain2 dah dibeli di Gulatis sebelum bulan puasa lagi. 3 pasang sekali gus sbb ada sale.x mahal pun, yg penting NAMPAK mcm mahal.alah, aku pun mana tau beza kain murah atau mahal bila tgk org pakai.and I don't even care.to me, kalau cantik tu mahal la kot.
then ada lagi sepasang kain sutera batik yg family hadiahkan masa diorg gi Terengganu dulu.oh..sungguh excited bila ada 4 pasang kain utk ditempah sebelum puasa.
tapi hampeh.... bila mak xder masa utk hantar kain2 itu ke tailor. grrrr
oleh itu beli la baju ready made..so far dah 3 pasang yg dibeli.2 pasang beli di Shah Alam.sepasang lagi di Jusco Cheras Selatan.tudung that goes with each baju pun dah ada.happy 3x
2. kasut raya
kasut raya memang bukan priority aku.x masuk dlm budget pun.sbb walau kasut aku ada 100 pasang sekali pun (eleh, mcm ada.10 pasang pun x sampai), aku tetap setia dgn kasut Crocs hadiah bday 2 tahun lepas.so x cadang beli kasut baru, tapi kalau aku nampak yg cantik di mata, mmg aku sambar.
3. biskut raya
aku mmg bukan peminat biskut raya sejak azali.kalau pegi rumah org,biskut raya mmg aku x sentuh unless to impress tuan rumah yg berkali2 pelawa aku mkn.so aku x berminat nak beli biskut raya apatah lagi nak buat.
biskut raya yg aku suka makan hanyalah biskut yg wancik aku buat.biskut raya dia mmg sedap,tiada tandingan.
4.
borang cuti raya baru je aku submit petang tadi.tu pun dipaksa oleh secretary bos aku.bos byk gi outstation so secretary kena uruskan borg2 cuti semua staf lebih awal.kalau last minute,kalau bos xder,sape nak sign?
aku amek cuti seminggu lepas raya.aku tgk staf yg lain dah start cuti sehari @ 2 hari sebelum raya.dan sambung selepas raya.tapi aku akan kerja hingga sehari sebelum raya tu.En Nas kerja sehingga sehari sebelum raya so ikut lah.lagipun nak balik Beruas je, bukan balik Sabah @ Johor @ Perlis.lagipun nak tunjuk kat bos yg aku x suka amek cuti rehat byk2 (tapi cuti kecemasan ya.hehe)
5. kelengkapan sharul dan En Nas
oh...dah selesai bab persiapan utk diri sendiri, baru nak fikir ttg persiapan anak dan laki?haha.hampeh Ibu ni.
segala kelengkapan raya utk sharul Ibu beli last minute ya syg sbb byk sgt baju2 melayu saiz kecil dan seumpamanya,bersepah2 di mall.so last minute shopping won't hurt.kalau beli skrg Ibu rambang mata, x tau nak pilih yg mana satu.nanti bila dah beli,Ibu berkenan plak yg lain.baik Ibu beli seminggu sebelum raya ya.
utk En Nas plak, pd dia tiada istilah baju raya,kasut raya dan sebagainya.
En Nas yg selama ni aku kenal mmg jenis x membeli utk diri sendiri.bila ada duit lebih lepas beli utk isteri terchinta,anak,mak,ayah,adik2, baru dia beli utk diri sendiri.tu pun aku jugak yg paksa.xkan xde baju@kasut raya beb?
so aku x payah nak kena pikir apa yg nak dibelikan utk En Nas.dia blh pikir dan bayar sendiri.kejam ke?
6. kemas rumah
rumah yg mana?
oh,kalau rumah kat Putrajaya tu wajib dikemas sebelum balik kampung.dah mmg praktikkan setiap kali nak tinggalkan rumah walau utk 2 hari.sbb aku jugak yg kena kemaskan bila balik ke rumah ni nanti.so aku kemas apa2 yg patut utk meringankan beban mengemas semasa balik dari tempat lain.
lagipun tahun ni kau cadang nak buat open house buat pertama kalinya.
7. angpau raya
aku baru je tgk iklan custome made angpau raya kat blog seseorg.
fikir sekali mmg berminat ok sbb blh letak gambar family kat angpau tu and org blh tau sape yg bagi (ish3x riaknya.astagfirullah..)
bila pikir 2 kali, malas plak nak deal dgn stranger ni.nak kena emel @ call utk buat tempahan..malas aku
tapi bila pikir 3 kali, berapa ramai yg jenis menyimpan sampul angpau zaman ni.zaman dulu pun org x simpan la.lagi2 budak.so hancur hati ni kalau lihat sampul angpau yg ada gambar aku sefamily dicampak merata.so CANCEL
8. service kereta
tu kerja En Nas.hehe
sekian, terima kasih
Friday, August 13, 2010
checklist
mungkin lepas ni aku xder idea nak post apa dan ahad mmg hari yg sgt busy.dari pagi sampai malam ada aktiviti.tomorrow and monday will be a loooooong day for me sbb byk hours dlm kete je.nak tido dlm kete takut berdengkur plak,so I better not sleep.
ini perkara2 yg perlu dibuat sebelum meninggalkan En Nas dgn anak kesayangan kami hujung minggu ni ;
1.
2. buang sampah - ni aku dah remind byk kali dari semalam lagi tapi plastik sampah tu ada lagi malah makin mengembang.nasiblah,esok bawak turun plastik sampah yg berat tu.jgn terburai tgh jln sudah la.
3. do the laundry - kat rumah ni laundry hanya aku yg buat.mmg sengaja xnak En Nas yg buat sbb aku ada sistem sendiri.aku basuh baju ikut jenis@kategori.mmg x campur.
4. iron baju kerja - tgk la esok pagi kalau rajin.hehe.kalau malas, sebelum pegi kerja sempat lagi.cuma kena bangun lebih awal 5 minit la.
5. tinggalkan kata2 akhir a.k.a reminder kepada En Nas bagaimana nak uruskan sharul dan rumah sebelum aku pergi - xper.aku simpan kata2 akhir ni sampai nampak kete jabatan esok,baru aku bagi.kalau bagi sekarang pun, kena ulang semula esok.haha
6.
7.
8. top up maxis - dah suruh En Nas beli tapi dia lupa! xper, tu tanggungjawab dia utk membeli dan membayar first thing in the morning tomorrow.
9. mengemas beg utk tido 2 mlm di terengganu
-
-
-
-
argh.esok masih ada.kelopak mata dah berat ni.esok la kemas.janji baju,seluar(luar dan dalam) ada,cuma nak susun je x larat.esok la ye
barang paling penting utk dibawa......laptop + broadband confirm x lupa.hehe
to be continued...
.jpg)