Daisypath Friendship tickers

Daisypath Friendship tickers

Wednesday, August 18, 2010

Persiapan Raya

tau la puasa pun x sampai separuh bulan, tapi tipulah kalau korg x start buat persiapan untuk Hari Raya kan?

Hari Raya Puasa adalah hari paling penting dalam kalendar tahunan aku.tarikh yg diberi keutamaan bila pertama kali melihat kalendar setiap kali tiba tahun baru.

sejak dari awal tahun lagi aku dah fikir hari apa patut aku amek cuti raya.hehe

berikut adalah item2 utk persiapan Hari Raya 2010 ;

1. baju raya

seperti tahun2 lepas, yg wajib dibeli adalah sepasang.tapi biasanya 2 pasang.bila dah mula bekerja dan ada duit sendiri,3 pasang.bila dah naik pangkat jadi Ketua Seksyen @ Pengarah, 4 pasang la kot.hehe.kan dah berangan
aku lebih selesa beli baju raya ready made seperti tahun2 lepas.tapi tahun ni ada keinginan utk tempah sbb nampak cantik dan selesa bila dipakai nanti.of course la, lagi2 yg diukur oleh tailor instead of hantar baju contoh.
kain2 dah dibeli di Gulatis sebelum bulan puasa lagi. 3 pasang sekali gus sbb ada sale.x mahal pun, yg penting NAMPAK mcm mahal.alah, aku pun mana tau beza kain murah atau mahal bila tgk org pakai.and I don't even care.to me, kalau cantik tu mahal la kot.
then ada lagi sepasang kain sutera batik yg family hadiahkan masa diorg gi Terengganu dulu.oh..sungguh excited bila ada 4 pasang kain utk ditempah sebelum puasa.

tapi hampeh.... bila mak xder masa utk hantar kain2 itu ke tailor. grrrr

oleh itu beli la baju ready made..so far dah 3 pasang yg dibeli.2 pasang beli di Shah Alam.sepasang lagi di Jusco Cheras Selatan.tudung that goes with each baju pun dah ada.happy 3x

2. kasut raya

kasut raya memang bukan priority aku.x masuk dlm budget pun.sbb walau kasut aku ada 100 pasang sekali pun (eleh, mcm ada.10 pasang pun x sampai), aku tetap setia dgn kasut Crocs hadiah bday 2 tahun lepas.so x cadang beli kasut baru, tapi kalau aku nampak yg cantik di mata, mmg aku sambar.

3. biskut raya

aku mmg bukan peminat biskut raya sejak azali.kalau pegi rumah org,biskut raya mmg aku x sentuh unless to impress tuan rumah yg berkali2 pelawa aku mkn.so aku x berminat nak beli biskut raya apatah lagi nak buat.
biskut raya yg aku suka makan hanyalah biskut yg wancik aku buat.biskut raya dia mmg sedap,tiada tandingan.

4. cuti raya

borang cuti raya baru je aku submit petang tadi.tu pun dipaksa oleh secretary bos aku.bos byk gi outstation so secretary kena uruskan borg2 cuti semua staf lebih awal.kalau last minute,kalau bos xder,sape nak sign?
aku amek cuti seminggu lepas raya.aku tgk staf yg lain dah start cuti sehari @ 2 hari sebelum raya.dan sambung selepas raya.tapi aku akan kerja hingga sehari sebelum raya tu.En Nas kerja sehingga sehari sebelum raya so ikut lah.lagipun nak balik Beruas je, bukan balik Sabah @ Johor @ Perlis.lagipun nak tunjuk kat bos yg aku x suka amek cuti rehat byk2 (tapi cuti kecemasan ya.hehe)

5. kelengkapan sharul dan En Nas

oh...dah selesai bab persiapan utk diri sendiri, baru nak fikir ttg persiapan anak dan laki?haha.hampeh Ibu ni.
segala kelengkapan raya utk sharul Ibu beli last minute ya syg sbb byk sgt baju2 melayu saiz kecil dan seumpamanya,bersepah2 di mall.so last minute shopping won't hurt.kalau beli skrg Ibu rambang mata, x tau nak pilih yg mana satu.nanti bila dah beli,Ibu berkenan plak yg lain.baik Ibu beli seminggu sebelum raya ya.
utk En Nas plak, pd dia tiada istilah baju raya,kasut raya dan sebagainya.
En Nas yg selama ni aku kenal mmg jenis x membeli utk diri sendiri.bila ada duit lebih lepas beli utk isteri terchinta,anak,mak,ayah,adik2, baru dia beli utk diri sendiri.tu pun aku jugak yg paksa.xkan xde baju@kasut raya beb?
so aku x payah nak kena pikir apa yg nak dibelikan utk En Nas.dia blh pikir dan bayar sendiri.kejam ke?

6. kemas rumah

rumah yg mana?

oh,kalau rumah kat Putrajaya tu wajib dikemas sebelum balik kampung.dah mmg praktikkan setiap kali nak tinggalkan rumah walau utk 2 hari.sbb aku jugak yg kena kemaskan bila balik ke rumah ni nanti.so aku kemas apa2 yg patut utk meringankan beban mengemas semasa balik dari tempat lain.
lagipun tahun ni kau cadang nak buat open house buat pertama kalinya.

7. angpau raya

aku baru je tgk iklan custome made angpau raya kat blog seseorg.
fikir sekali mmg berminat ok sbb blh letak gambar family kat angpau tu and org blh tau sape yg bagi (ish3x riaknya.astagfirullah..)
bila pikir 2 kali, malas plak nak deal dgn stranger ni.nak kena emel @ call utk buat tempahan..malas aku
tapi bila pikir 3 kali, berapa ramai yg jenis menyimpan sampul angpau zaman ni.zaman dulu pun org x simpan la.lagi2 budak.so hancur hati ni kalau lihat sampul angpau yg ada gambar aku sefamily dicampak merata.so CANCEL

8. service kereta

tu kerja En Nas.hehe


sekian, terima kasih

No comments:

Post a Comment