entry ni agak basi sbb trip gi terengganu ni adalah 7 hari yg lepas iaitu 15hb ogos.
ahad lepas aku menjadi pengiring kpd Dato KP utk membuat lawatan kerja ke seluruh negeri.aku jadi pengiring utk 1 hari je iaitu ke terengganu.kalau nak ikut jadual Dato' mmg penat oi.walaupun bertolak hari sabtu (ku korbankan hujung minggu dgn family),pulang hari senin,aku enjoy sbb ni first time aku jejak kaki ke terengganu.
dari awal lagi aku pasrah dgn tugasan ini and think positive about it.
ni adalah rupa bilik aku di sana.kami bermalam selama2 mlm di Sumai Suite Hotel di Kuala Terengganu,next to Primula Parkroyal Hotel.
ni katil aku
hari ahad tu kami melawat 2 projek ternakan ayam yg terpilih
kemudian kami lawat projek kambing (maaf gambar tiada sbb hp aku bodoh,dia main sorok2 gambar, byk gambar yg diambil x dpt dikesan kat mana).sebelah mlm ada majlis berbuka puasa dgn Dato' KP serta warga kerja JPV Terengganu.the food was nice.majlis dimulai dgn bacaan yasin,berbuka puasa,solat maghrib,isyak,terawih berjemaah dan ada penyampaian sumbangan kpd ibu2 tunggal,anak2 yatim serta yg kurang bernasib baik.
sepanjang di sana,aku berpeluang buat sight seeing di Kuala Terengganu.ada gi masjid Kristal,Taman Tamadun Islam juga dah sampai tapi tutup sepanjang bulan Ramadhan.agak kecewa di situ.tp yg penting Pasar Payang mesti pergi.aku x berniat nak cari kain batik.so ni je la barang2 yg aku beli kat Pasar Payang.
baju utk sharul mmg wajib beli.dah jadi 1 kemestian aku membeli baju cenggini kalau pegi mana2
ni juga wajib.satu kepuasan utk diri sendiri utk mengumpul magnet walaupun pegi Bukit Merah Laketown Resort sekalipun.
ni mmg sesaja.x penah pun beli makanan kering kalau gi memana.x minat pun.tapi mcm teringin nak mkn serunding dgn kismis jumbo ni.tapi x mkn2 lg sampai hari ni.
sempat juga rembat tudung raya.hehe
utk diri sendiri mestilah ada..rugi la x beli.tapi...x muat tang ketiak..cis
No comments:
Post a Comment