"jauh bau bunga...dekat bau taik"
itu lah nasihat yg pernah opah berikan semasa aku pernah tinggal bersamanya hampir 20tahun yg lepas.masa tu aku kata aku rindukan adik2ku semasa kami tinggal berjauhan.maksud dia... masa ada adik2, kami selalu bergaduh.tapi bila berpisah....tahu plak rindu
tika ini aku sedang mengikuti kursus induksi iaitu kursus yg wajib DIHADIRI DENGAN JAYANYA..hari ni hari ke 7 berkursus.tinggal lagi 2 hari...pastu aku nak......SHOPPING
mula2 dpt surat tawaran kursus, aku seronok sbb dah lama aku x berjauhan dgn En Nas (seronok ke?)
mula2nya aku seronok sbb kalau berjauhan, bertambah2 rindu la dgn si dia..kalau dekat asyik nak gaduh je..biar dia rindu kat aku.hahaha (gelak Firaun)
pastu bila balik dari kursus, si dia akan layan aku mcm puteri selama beberapa hari
tapi aku kalah pada saat aku sampai di hotel....rindu nak balik rumah.
mujur hotel dekat dgn rumah...tapi disebabkan si dia sibuk bekerja dlm minggu ni...aku simpan hajat nak balik rumah..adalah lebih baik aku duduk di hotel utk study.ada exam yg aku wajib lulus di hujung kursus.
sepanjang 10 hari berkursus, 2 kali aku dpt balik rumah sekejap utk bersama Sharul dan si dia.aku akui sepanjang masa aku rindu kat diorang walau kedua2nya nakal buat aku nak marah je selalu....aku sedar betapa aku kena hargai mereka sementara mereka ada
No comments:
Post a Comment