Daisypath Friendship tickers

Daisypath Friendship tickers

Friday, December 31, 2010

Imbasan 2010

Januari

Sharul celebrated his first birthday without me ! how sad was that?
masa tu aku seorg diri di Putrajaya sejak joined gov Oct 2009.En Nas dan Sharul tinggal bersama mak mertua aku di Beruas.

sedih ko x dpt celebrate bday sharul yg pertama.lebih sedih bila En Nas mms gambar sharul bersama his first birthday cake.dia tiup candle bersama neneknya.aku terharu.I could feel that he was surrounded with love ones.

bila tgk mms En Nas mlm tu, nampak mcm sharul tu anak yatim.mcm xde mak.kesian sgt.












Februari


setelah 5 bulan aku hidup seorg diri di Putrajaya (read : duduk rawang dgn mak bapak ko juga), akhirnya En Nas buat keputusan utk berhijrah ke sini.syukur permohonan nak duduk kuarters diluluskan.tq iqah sbb temankan aku urus kuarters.dpt la kami bertiga hidup bersama happily ever after.

bulan ni bulan En Nas memulakan kerja baru.masa ni dia mkn gaji lg.






March



hari pertama hantar sharul ke taska.bukan setakat dia yg menangis,aku pun menangis sbb sebak.lebih memalukan bila aku termenangis dpn boss.owh, sungguh x blh nak kawal emosi ini.nak period la katakan,mmg mcm tuh.ceh


sedang cuba menahan airmata dari menitis


pada 1 Mac juga aku lapor diri bertugas di Seksyen Unggas.sebelum tu di Seksyen Aneka Haiwan


May



my bday ! (sila mark di kalendar anda ye 18 mei)


felt so much love when my dear family came down from whereever they were (Rawang, Subang, Shah Alam) to Putrajaya to have bday dinner with me.only Adik yg xde sbb she was in Ipoh.tapi yg penting hadiah dia ada dikirimnya sekali. I like : )

we had dinner at the Black Canyon, Alamanda





June

En Nas mulakan kerjaya sebagai Key Account Manager.no more makan gaji


July


celebrated birthday Pit di Cashuarina Impiana, Ipoh


Attendance : Opah, Wancik, Qisya, Me , En Nas, Abah, Mak, Adik, Iqah, and birthday boy mesti ada


August

suka duka Ramadhan

September

Favourite month of the year.....Hari Raya
got my first gold collection from Habib
wish to continue collecting and each piece will remind me of something or an event


experienced COMPLETE MISCARRIAGE which I don't want to elaborate more


October

work brought me to Cameron Highland..really had a great time.wished En Nas and sharul were there


suka gambar ni sbb nampak kaki kuruuuuuuus : p

November

celebrated birthday Mak at Subak


Attendance : Me, En Nas, Pit, Adik, Iqah, Sharul...Abah outstation

December

celebrated birthday Abah pula di Tupai Tupai, KL


Attendance : Opah, Wancik, Qisya, Me, En Nas, Sharul, Mak, Abah, Pit, Adik, Iqah, Uncle Mie, AuntyDa, Hana, Uda, Daniel

and finally



Annual Family Vacation di A Famosa Melaka






2010 was a great year ! hope 2011 will be better

sharul's birthday is coming up

it will be 6th January again in few days time.hari memperingati tarikh lahir a.k.a birthday.6th January is sharul's day.he will be 2 years old.


as for me 2 tahun aku menjalani kehidupan sebagai seorg Ibu.ada masa suka, ada masa duka.


i love to give presents when I feel like the person deserves a present/celebration.


tapi this time, i don't feel like buying presents for sharul.simply because he doesn't know how to appreciate.


hey, aku sanggup mati kerana sharul,I don't think not giving him birthday presents make me a bad mother.


bukan xkan beli langsung.tunggu bila dia dah besar,dah pandai appreciate, baru la Ibu beli hadiah yg mahal2.nak kata Ibu kedekut? I don't think so.dlm akaun sharul....blh beli sebijik kete.(heheh.tu duit Abah ko yg simpankan)


ye, Ibu mmg kedekut.sekali sekala.I feel that the joy of giving a present is to see the 'smile' that u see on the face of the person who receives the gift.


sudah la sharul, x payah la Ibu beli present2 ni.Abah ko tiap kali gi pasar malam, beli mainan.dah semak rumah dgn mainan2 sharul je.


P/S : Ibu dah xde budget nak beli mainan ko lg.sorry.mintak Abah ok

hati bangkai !

aku x faham masih ada org yg hati mcm bangkai sanggup sakiti hati org lain.padahal kami laki bini x pernah nak sakitkan hati org lain.



apa yg ko sakit hati sgt dgn kitorg ni syaitonnn?kitorg asyik dpt park kat tempat paling dekat dgn lif?parking lot tu ko punya ke? xde nama ko pun kat situ?


ko dengki kami ada 2 bijik kete?standard la family lain pun ada 2 bijik kete.1 laki punya,satu lg bini pakai.kalau dah masing2 kerja.


malas nak ckp byk kat sini.maki hamun pun kan dpt tau gak sape dalangnya.so silence is better.



too bad kami x blh nak buat pape melainkan sabar dan berharap setan tu diberi balasan oleh Yang Esa.




P/S : mcm sia* pegi mampos la anak hara* (nak maki jugak)

Thursday, December 30, 2010

sharul ke panggung wayang

yess....sharul did great at the movie just now !



mmg risau sgt dia akan nangis atau bising.tapi kami nekad nak cuba jugak bawa dia ke panggung sbb belum cuba belum tau , ye x?


lgpun cerita yg nak tgk ni kami dah tonton, so kalau perlu keluar panggung pun, dah tau jalan cerita nya..

mula2 iklan mcm biasa la kan.sharul paid attention sbb byk iklan cerita2 yg sesuai dgn budak2 ni.ada unsur2 kartun or seumpamanya.tetiba....


dia main cerita Gulliver's Travel !


aku acap kali tanya En Nas, betul ke cinema 1?

tempat duduk dah betul,mana tau kot2 kami tersalah masuk panggung.aku x puas hati walau En Nas kata betul.aku minta tiket.dia tulis Hantu Kak Limah.....yes we are at the right cinema sbb sku mmg perasan kami masuk cinema 1.

then, aku perasan org ramai berpandangan sesama sendiri.pandang kiri,pandang kanan,pandang atas,pandang bawah, eh?


then I get it, diorg pun fikir pihak panggung dah salah main filem daa..


then beberapa org yg nak jadi hero keluar panggung utk bgtau pihak cinema yg we paid for a different movie tapi yg main different movie.


x lama kemudian, hantu kak limah start.diorg mainkan terus movie tanpa iklan.good


sharul was ok,x minta yg bukan2.dia hanya minta 'titin'nya saja (read : puting).bila part org gelak, dia pun gelak.sekali sekala dia buat bising yg 'mild'...heheh..ada ek mcm tu? maksud aku x bising sgt la.setakat 2-3 row je yg dengar.

lagipun aku tgk ada je beberapa budak sebaya sharul dlm panggung tu.sure budak2 tu akan buat bising kan.hehe

x sampai 10 minit sharul dah layu.dia minta aku riba dan peluk dia.titin sudah ada di mulut.lalu dia ZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZ..........yess


kami pun dpt tgk movie hingga habis



the end....

new boss

aku x tau what's gonna happen next week



tetiba smlm baru dpt tau yg bos akan ditukar ke Melaka


why so sudden?


next week xkan berjumpa lagi sbb dia kena lapor diri hari Isnin


he's the best boss I've worked with so far (aku cuma pernah ada 4-5 bos je selama 4 tahun bekerja)





siapa kah akan mengganti beliau??



wait n see


: (

balik awal korg ye

hamboi...mentang2 kucing xde, tikus menari-nari la ye

rasa mcm nak raya la plak.

esok nak raya,hari ni sesuka hati blk awal
kalau time raya mmg la acceptable sbb ramai yg nak blk kampung.ni nak blk mana sambut new year ke?

tinggal lah aku sorg2 dlm ofis ni.kat luar tu ada la 2 org lagi.yg lain dah selamat, walau waktu kerja diorg sampai kul 5.00.





sebenarnya kalau aku drive sendiri ke ofis, dah tentu selamat sampai ke rumah.hehehe

En Nas masih ada kerja di hanger (bukan pengangkut baju ok).oh jgn sampai janggut tumbuh while I wait..


mlm ni kami berempat (termasuk Tika dan sharul) akan ke panggung wayang..hehe

first time for "Aloy".harap dia x nangis atau buat hal.kalau dia buat hal, En Nas sila bawa dia keluar panggung ok.


cerita ape?





ni kali kedua tgk tau

first time tgk poster ni punya la pangkah x mau tgk sbb cerita komedi melayu x best.kononnn
lagi2 tgk pelakon yg berlakon 'zombi kg pisang'. movie tu mmg x pernah tgk habis.waktu keluar time raya tu pun, terus tukar channel lain.


hambik ko ! ni siap nak tgk utk kali kedua....di panggung plak tu.

terasa nak tgk lepas ramai yg bagi komen yg memberangsangkan lepas tgk movie tu.so xnak la ketinggalan zaman.

ni pun kali ke 3 cuba book online baru dpt..tu pun booked 2 hari in advance ! hebat x hebat cerita ni.mesti pecah panggung rekod kan?


korg dah tgk?

pandai ngelat dah skrg

sharul....sharul...ko pun mcm Ibu jugak.liat nak bangun pagi.nasib baik cik Tika ko ada.kalau x, ke taska la juga ko.


anak aku yg seorg ni mmg dah pandai buat trick xnak gi ke taska.dah lama dia x pergi taska.kalau la di sekolah, attendance memanjang merah.

seperti biasa aku bangunkan sharul pagi tadi..dia mcm biasa kata "nak tido....nak tido"

budak dah blh bercakap la katakan.

nak kata tido lewat, x juga..dia tido kul 10-11.hehe.ikut time tdo mak bapak dia la.smlm waktu tido mcm biasa

tapi mungkin dia tau, di rumah ada cik Tika yg blh jaga

adik ipar aku tinggal bersama sejak seminggu lalu sbb dia dah habis SPM, boring agaknya duduk di kampung.

balik kpd sharul, dikejut2 bangun secara manja..xmau nya dia bangun.siap golek kiri kanan sambil peluk bantal busuk Ibu dia

Ibu gerak cara kasar sikit...aku terus dukung dia closer to my body (xla kasar sgt kan?)

dia menendang2...aishh

dpt jugak aku dukung sbb memikirkan aku dah lambat nak gi kerja ni



sambil aku dukung, dia menggoncang2 kan badannya sambil kata "nak tido...nak tido"



aku jadi x sampai hati nak hantar dia ke taska.after all, I know how he feels


aku kesian nak suruh cik Tika jaga sbb dia demam..tapi sharul meronta2


last2, aku bawa dia tido bersama cik Tika..sharul apa lagi, menangis mengadu konon dgn cik Tikanya.


last2 dia tido dgn cik Tika sampai kul 10 lebih pg td..amboi3x


thanks Tika sbb jaga sharul..

sharul, ni last chance ye, minggu depan gi taska.nanti sharul pergi taska, org lain dah x kenal siapa sharul,ok?


x mau manja2kan anak sgt.nanti kalau Tika dah balik kampung,susah.

bodoh

kejadian pg tadi...

aku dan En Nas masuk lif dari tingkat 7 utk ke parking P2.tiap 2 -3 hari kami akan bawa bungkusan sampah turun utk dibuang ke tempat pengumpulan sampah kat luar bangunan.duduk apartment la katakan, mmg la caranya begitu.lain la duk rumah teres...buang sampah dlm tong sampah depan rumah, tunggu lori sampah kutip.
ini adalah norma pada kita yg duduk apartment atau seumpamanya.


lif terhenti di tingkat 5, ada seorg lelaki masuk bersama bungkusan sampahnya yg lebih comel kecil dari kami.so sampah dia x la berbau sgt.mmg sampah kami agak busuk sikit.ada ke sampah wangi??

then lif terhenti lagi di tingkat 1.masuk la seorg pompuan gemok bersama beg BONIAnya.

lif masih x sesak.hanya kami berempat dan 2 bungkusan sampah.

lif terhenti di parking P1 dan mereka pun keluar.aku dan En Nas nak ke P2.
sempat aku terperasan yg pompuan gemok tu mengibaskan hidungnya kononnya busuk sgt sampah kitorg ni(termasuklah sampah comel tu).

hei...dah namanya sampah...semua org tau sampah berbau..sampah ko tu bau mcm minyak wangi ke?x payah la ko nak kibas2kan hidung ko tu nak tunjukkan sampah yg kami bawa ni berbau bodooooooooooooh..

normal la org bawak sampah turun ke bawah..utk dibuang..ko x blh sabar (read : tahan bau busuk sikit) walau utk beberapa minit? bukan ko duduk dlm lif tu berjam-jam bodooooooohhh(kan dah kena 2x bodoh)
xder nya bau sampah ni melekat kat beg BONIA ko tuh..ceh

aku nak tanya, ko x pernah bawak sampah masuk lif ke? ko buang sampah mcm mana? keluar tingkap? atau ko mkn sampah ko?


ntah2 org lain asyik kipas hidung everytime ko bawak sampah naik lif, sbb tu ko nak balas dendam? tu maknanya sampah ko lagiiii busuk nyah

p/s : kulang aja punya olang

Saturday, December 25, 2010

sushi

pendahuluan



ye, aku bosan x kemana-mana hari sabtu ni.so aku up kan entry tentang makanan.sebab that's all what's on my mind right now.lagipun aku malas nak menaip dan upload gambar bebyk so post aku ketot-ketot je k.


bulan ni saja dah dekat 5 kali aku mkn sushi..nak kata mengidam, lemak je yg ada dlm perut ni.kosong je.tapi bulan ni bulan sushi kot.





sukeeeee sbb byk variety




versi cikai










TERBAEK !


p/s : nasib baik la En Nas tekak melayu.x suka mkn benda2 mcm ni.kalau dia pun layan, tentu hari hari mau...hehe

bila mau pegi lagi.....

kan makcik dah kato..tekak makcik ni tekak western..nak bagi makcik buah, x pyh la bg makcik mangga ke,langsat ke, jambu ke apa.semua tu makcik x layan (berlagak nak mampos)...nak bg makcik buah, bg makcik ni ok



v

v

v

v

v

v

v

v

v

v











this is my fruit snack for today..


bila En Nas nak bawak saya ke Cameron Highland??

Wednesday, December 22, 2010

TMTM 2010 part 3- Final

last day, Sunday morning rasa mcm malas nak mkn kat cafe.mcm ada rasa yg mesti menu sama mcm the day before


jadi pg itu aku ajak En Nas bungkus makanan kat luar.rasa mcm nak mkn roti canai.and then blh beli suratkhabar sekali.suratkhabar hari ahad adalah yg terbaik.kehkehkeh



roti canai sedap tp nak tunggu berjam2.blh khatam 3 jenis suratkhabar la sementara menunggu


lepas mkn, aktiviti mandi manda sampai puas.check out time - 2.00pm

















bila perut dah mula lapar..kami semua bersiap2 utk pulang.tapi sebelum tu, Opah ajak juga kami semua ke rumah saudara di Bukit Katil tu, sbbnya hari sebelum tu diorg xder di rumah, ke kenduri.


bagai dah faham, time kami dtg tgh hari, kami dihidang lunch..
simple but nice..eh, mkn free jgn byk komen ye..




tukang serve




dah sampai melaka haruslah mkn asam pedas kan?







sekian, terima kasih


p/s : kami sampai rawang jam 6 ptg...the fun continues when aku, En Nas, Adik & Iqah tgk wayang kat sunway piramid mlm tu

hantu kak limah balik ke rumah.hahahaha

Tuesday, December 21, 2010

TMTM 2010 part 2

hai...


kita sambung cerita semalam..dah sampai mana ek?


oh yaa...


hari sabtu, malam

Pit drove us utk ke seafood dinner.kami mmg had no idea mana dia nak bawak kami. He used to study here in Melaka (MFA, Batu Berendam) so dia mesti dah explored habis melaka ni.tentu dia nak bawa kami kat tempat best utk melantak mkn.

kami keluar awal (6.30pm)kononnya nak mkn awal, then kena amek Adik yg naik bas dari Ipoh.dia lewat sikit sbb dia attended wedding kawannya.


tapi tetiba, berlaku change of plan...ada org hangin sbb org tu dah terbayang seafood yg sedap2 jadi jus gastrik dah terembes keluar..haha


sabarrrrrr....je lah


lapik perut dgn burger Mc D (tumpang sharul punya sbb takut perut dia masuk angin plak)

8.40 pm adik baru sampai, bas dropped her off di tol ayer keroh.then baru la kami bertolak ke





Medan Ikan Bakar Muara Sg. Duyung



hazabnya nak cari parking

last2 jumpa gak parking (open field parking) tapi tempat berlumpur sbb baru lepas hujan..habis kasut masing2 kotor.


sampai2 kat restoren









hambik ko




bila lah turn kita utk to be seated?



kesian Opah yg x larat berdiri, tapi masih ada yg sudi menghulurkan kerusi utk Opah duduk while waiting..


nasib baik x lama kemudian kami dpt tempat


next is beratur utk pilih seafood dan proses order mengorder....lagi hazab tgk org lain beratur panjang..dlm hati aku berharap sharul x buat perangai..nasib baik he behaved sbb dia x lapar sgt.


kami dihidang nasi lemak bungkus kecik utk lapik perut



aku x mkn sbb nak biar lapar sampai tahap dewa sbb nak melantak seafood ko (padahal dah lapik perut dgn burger McD.heheheh)





mula2 yg sampai

wow...a very good 1st impression ! I like !



then

ikan gerut bakar cicah air asam yg superb !

then datangla nasi,siakap 3 rasa, sotong goreng tepung - semuanya super sedap




kesimpulannya aku nak dtg lagi


p/s : sorry utk membantutkan imaginasi memasing yg terliur tu, tapi perut kitorg lapar sgt, kamera tolak ke tepi.masing2 gelojoh ambil lauk.

Monday, December 20, 2010

The more the merrier 2010 (TMTM 2010) part 1

Yes...ini adalah acara tahunan percutian bersama keluarga.aku namakan TMTM (The More The Merrier 2010).kali ni byk kali cancel tempat percutian.mula2 plan ke Bandung atau Hanoi...tapi x semua org setuju.lps tu plan ke Genting Highland atau Cameron Highland (blh la aku borong strawbery gemok 1 lori), x jadi jugak.last2 ke A Famosa Resrt Melaka.tapi jgn gelak ok, dah sampai sini,kitorg x masuk pun Water Worldnya.kitorg mandi manda kat private pool belakang villa yg kami sewa tu.lg puas hati.we own the pool to ourselves.haha



Opah pun ikut sama.tinggalkan rumahnya di Ipoh utk ikut kami.




A Famosa Villa kami 3 bilik.each villa has its own pool.tapi ada yg poolnya di depan rumah.ko nak mandi pun x senang sbb org blh tgk.kami punya pool di belakang rumah, very the private




the kitchen




ya.penuhkan stok utk 2 mlm.kedai jauh sgt dari villa.


Abah,Mak,Adik,Pit,Iqah,Opah,Wanck dan Qisya pergi naik livina.Pit yg drive lepas solat Jumaat.mereka sampai dulu.kami laki bini bertolak lepas Magrib,sampai mlm.mereka sempat rasmikan pool ptg jumaat tu.kami mandi keesokan harinya.




ni dinner kami mlm jumaat.nasi lemak bungkus (saiz 20sen) lauk ikan pari asam pedas




aku pulak mengada2 nak mkn sushi.aku pesan kat Iqah suruh beli di JJ Ayer Keroh.hanya dia yg sgt memahami.owh.tq



Saturday Morning



lenanya si bucuk ni tido.nanti kita suruh Abah pasang aircond kat umah ya


bergambar dulu sebelum breakfast
















actually we were expecting buffet style breakfast.tapi kita kena choose mealfrom the menu.1 meal/person.yg lain kena bayar


American Breakfast
Nasi Lemak Antarabangsa


Bihun goreng


sharul bila nampak air color-color,mana dia nak pandang susu


Sharul "Atok shuap (suap)"


org semua cukup dgn 1 meal.makcik sorg ni je mkn 2 meal.








motip?


selepas mkn,acara mandi manda sampai kecut bermula











tengah hari , Abah,Mak,Opah,Wancik dan Qisya keluar utk melawat saudara di Bukit Piatu..tinggallah kami

muka sharul bila ditinggalkan Atuk







Pit dan En Nas keluar mencari lunch for us kids..hehe

aku pesan kat En Nas,don't ask what I want to eat.u know my taste, suprise me.

sekali dia beli nasi kosong+kangkung goreng belacan+telur dadar.speechless


sup ekor lauk En Nas yg aku kebas utk penambah selera




aku mmg suprise la ! mmg la itu lauk kegemaran aku.....tapi tu menu 'kalau aku dah kenyang tapi masih nak mkn sbb jeles tgk org lain mkn'.

aku mmg lapar gila waktu tu,maklumlah baru naik dari swimming berendam lama.

tarik muka masam kejap...


terliur tgk lunch Iqah...nasi ayam penyet

perut kenyang jugak...aktiviti seterusnya zzzzzzzzz.....


p/s : penat upload gambar weh...esok sambung ok