Daisypath Friendship tickers

Daisypath Friendship tickers

Monday, November 8, 2010

nothing else matter

warning : gambar2 mungkin boleh meloyakan (tapi ada aku kesah?)



hati Ibu mana yg x luluh bila tgk anak sendiri dlm keadaan sebegini?

aku sepatutnya bertolak ke johor utk 3 hari atas urusan kerja.hantar je sharul ke taska seperti biasa,bila En Nas habis kerja, dia akan babysit hingga the next morning.

tapi jam 3 pg td, sharul tiba2 terjaga dari tido dan muntah while he was lying down !
lama jugak aku fikir apa nak buat tentang lawatan ke johor ni.nak cancel ke x?
setelah fikir 14 kali,aku kejutkan En Nas dari mimpi dia dan beritahu yg aku terpaksa tunda trip ke johor minggu ni.dia bukan setakat setuju tapi turut jadi fire stone (batu api)dan halang aku outstation sbb dia pun x sampai hati nak hantar sharul ke taska kalau sharul sakit.

seperti biasa aku suruh En Nas belikan breakfast sblm dia pegi kerja sbb x kuasa aku nak fikir nak masak apa time sharul sakit ni (alasannya nak jaga sharul konon)
En Nas belikan nasi lemak dgn telur goreng utk sharul.utk aku dia belikan mee goreng yg mamak tu dah siap gorengkan pepagi lg.tu je yg ready made.


sebelum breakfast, dah 3 kali sharul cirit air.tiap kali dia kentut je, dia cirit air (Air dan angin keluar 1 pakej)LOL

kesian betul tgk dia.kesian kesian jugak tapi bila dia kentut je, aku boleh gelak terbahak-bahak sambil sharul sendiri pun terkejut besar.apa punya Ibu ni.LOL



aku suapkan dia nasi dgn telur.tapi dia x minat pun mkn.dia minat mee yg aku mkn tu tp mee tu pedas.disebabkan sharul minta mee,aku bg je sbb asalkan dia mkn walau apa pun dia nak, aku akan bg..


lepas mkn, sekali lg dia kentut/cirit.aku pun basuh la punggung dia.lps basuh,aku biarkan dia keluar sendiri dari bilik air sambil aku sental basuh tangan aku.bila aku dah keluar....tengok2



x dan nak pakaikan pampers lg, dah keluar angin..


lepas cuci punggung, dia mengantuk lalu tido
masa tido tu, boleh plak terbangun pastu muntah lg....adoi...kesian




habis keluar semua mee yg dimakan td












lepas hampir 2 jam tido, sharul bangun sbb lapar.aku cuba bg dia biskut cicah susu.but since I know the trick that dia akan mkn kalau ada org mkn bersama.dia x suka mkn disuap tapi suka mkn bersama2.jadi aku pun mkn sama tapi biskut aku cicah milo panas 3in1.sedap sikit




alhamdulillah dia mkn.ada selera jugak dia




hai sweet baby !




kesian....kami anak beranak mkn biskut jer......: P




aksi sharul yg cuba mengepakkan lengannya seperti dlm iklan Keropok MONI (sila rujuk iklan keropok MONI)LOL


Ibu rasa sharul dah makin sihat ni

2 comments: