Daisypath Friendship tickers

Daisypath Friendship tickers

Thursday, May 5, 2011

berkongsi atau tak

kadang2 geram jugak bila terpaksa menunggu En Nas jemput aku blk dari ofis.selama beberapa bulan ni kami decided nak berkongsi kereta sbb utamanya ialah aku malas nak drive ke tempat kerja.walaupun ada parking lot sendiri, x menjamin aku dpt park di situ sbb parking lot terhad dan ramai yg berebut nak tempat kosong.cuba aku dtg lewat sikit, org lain ingat aku x dtg kerja, so suka2 je park tempat aku.pastu bila tgk kete lain park kat lot parking aku, mula la menggelabah nak cari parking kat mana.aku x suka park tempat org lain.nanti x pasal2 kena alih kalau pemilik kereta announce kat 1 bangunan tu.
1 kelebihan En Nas ialah dia xde waktu masuk pejabat.kalau dia nak cuti sesuka hati je bila2 pun boleh.so dia boleh masuk lewat,balik awal pun xpe.x siapa peduli.tapi kacau betul kalau dia blk lewat sbb urusan kerja x habis lagi.dia kan suka settle kan kerja sebelum balik rumah.bukan dia peduli aku yg menunggu kat tempat kerja ni.tapi aku xnak membebel dah.dia kata dia kerja utk dptkan kesenangan utk anak bini dia.so aku x blh nak ckp byk.aku senang skrg pun sbb dia.


berbalik isu berkongsi kereta tu.pendapat aku,aku hanya perlu drive ke tempat kerja
je sbb lain2 tempat aku keluar dgn En Nas so dia yg drive.1 yg aku hargai dia ialah dia tetap akan drive sungguhpun dari perlis ke johor walau penat mcm mana pun dia xkan bagi aku drive.aku pun naik lemak la.sbb aku mmg x suka drive.jadi aku x perlu kereta sbb tempat kerja aku dekat dengan rumah dan dia mmg lalu sebelum ke tempat kerja dia.kenapa perlu kereta kalau boleh berkongsi kereta?

lain la kalau tempat kerja aku bertentangan dgn arah tempat kerja En Nas.dan jika waktu masuk pejabat kami berlainan.in that case, yes, aku akan consider driving to work.

aku agak x bersetuju bila salah seorg kwn aku berpendapat aku perlu drive sendiri dalam erti kata lain maksud dia BERDIKARI.situasi kita berbeza la kawan.saya ada suami yg boleh berkongsi kereta, sanggup menghantar dan menjemput aku di tempat kerja.lain la mcm dia yg single mingle.yes, kalau aku single pun aku akan berdikari.

aku faham maksud dia mungkin kena belajar berdikari sbb kena fikir kalau En Suami xde...aku xnak fikir lagi.belum masanya.buat apa nak fikir benda yg belum jadi?

don't worry , aku akan uji kemahiran memandu aku sekali sekala.takut aku lupa mcm mana nak drive ek? let me worry about that.thank you

1 comment:

  1. hehehe akak yang ada kete senirik ni, kalau gi bandar ke shopping ke, memang sanggup tunggu en somi..tak suke drive sorg2(takut actually hehehe)

    ReplyDelete