Daisypath Friendship tickers

Daisypath Friendship tickers

Thursday, April 7, 2011

jemput tgk rumah baru saya

eh, nape excited sgt ni? bukan rumah sendiri pun.kuarters je. aku excited sbb dpt merasa benefit sbg pegawai gomen iaitu dpt duduk rumah yg valuenya agak aku x mampu kalau aku nak beli.aku bayar 'sewa' rumah ni melalui potongan gaji yg bayarannya jauh lebih rendah dari kadar sewaan rumah2 di kawasan putrajaya ni. so many things in my head right now.antaranya aku cadang nak jemput family, sedara-mara, dan kawan2 ke majlis 'house warming' dlm seminggu dua ni.planning tu agak grand la.haha.sbb x pernah aku plan majlis kat rumah sendiri.even sambut birthday sharul pun x buat majlis.nak harap aku masak sendiri....x mungkin kot.order je..tu yg kena ada ongkos yg lebih2. jom tgk rumah baru saya (sbb lepas ni mungkin x dpt tgk rumah sekemas ini)



masuk rumah je terus nampak ruang tamu yg besar.disebabkan tingkat bawah xde bilik, ruang yg besar tgh2 tu sesuai utk pot tido beramai2 bila opah atau abah nak dtg tido di rumah kami.bukan x bg diorg tdo dlm bilik kat atas tapi diorg sendiri yg xnak naik tangga ke tingkat atas and diorg lebih selesa tido kat lantai bawah.so salah satu item dlm 'to buy list' aku ialah tilam lipat baru yg selesa utk mereka.




dapur..sharul sure akan tolong aku kat dapur ni.kena lebih berhati2 bila menggoreng atau buat aktiviti di dapur.aku nak letak 'island' kat tgh2 dapur tu.senang nak aktiviti memotong bawang, sayur dan sebagainya.kena beli meja yg selesa.kerusi dah ada...yippie



alasan terbaik utk mengajak En nas ke IKEA hari sabtu ni...nak cari penghadang/grill utk halang budak2 naik tangga.sebelah tu ialah tandas utk tetamu.aku nak hias ala-ala hotel gitu.



master bedroom.kena beli langsir yg matching2 utk sliding door dan tingkap



bakal jadi bilik mak dan abah bila dtg sini.perabut dah ada,sumbangan mak sendiri.cuma kena cari masa sesuai nak pindah perabut dari rawang ke putrajaya



bilik bersebelahan bilik mak dan abah.kedua2 bilik ni berkongsi bathroom.so iqah dan adik blh tido sini bila dtg nanti



ni pandangan dari ruang menonton shrek aku dan sharul merangkap ruang bersepah.jauh dari pandangan tetamu.hehe



ada 2 lg bilik kat tingkat 3 tu.salah 1 aku nak buat library + ofis En Nas.bilik yg lg 1 tu x tau nak buat apa.akan difikirkan kemudian.

1 comment: