Daisypath Friendship tickers

Daisypath Friendship tickers

Tuesday, March 22, 2011

rindu.....

ada kalanya aku rindu pada mak mertua ku...aku bertuah dikurniakan Allah mak mertua yg mencurah kasih sygnya pada aku sama seperti kepada anaknya sendiri..

ada kata2 'sayangilah Ibu mertuamu sama seperti menyayangi Ibumu sendiri'

Alhamdulillah tidak sukar utk aku berbuat demikian (skemanya ayat)

aku tambah rindu pada dia tiap kali aku teringat jasa2 dia menjaga aku sepanjang aku berpantang...malah dia mula menjaga aku sejak aku masuk ke wad bersalin lagi.aku xnak cerita kat sini nanti aku akan menangis (mcm la korang blh nampak aku nangis kan?)


kesimpulannya kalau ada statement Tshirt yg kata2nya "saya sayang mak mertua saya', aku akan beli.hehe

you don't know what you got till its gone

"jauh bau bunga...dekat bau taik"

itu lah nasihat yg pernah opah berikan semasa aku pernah tinggal bersamanya hampir 20tahun yg lepas.masa tu aku kata aku rindukan adik2ku semasa kami tinggal berjauhan.maksud dia... masa ada adik2, kami selalu bergaduh.tapi bila berpisah....tahu plak rindu

tika ini aku sedang mengikuti kursus induksi iaitu kursus yg wajib DIHADIRI DENGAN JAYANYA..hari ni hari ke 7 berkursus.tinggal lagi 2 hari...pastu aku nak......SHOPPING

mula2 dpt surat tawaran kursus, aku seronok sbb dah lama aku x berjauhan dgn En Nas (seronok ke?)
mula2nya aku seronok sbb kalau berjauhan, bertambah2 rindu la dgn si dia..kalau dekat asyik nak gaduh je..biar dia rindu kat aku.hahaha (gelak Firaun)
pastu bila balik dari kursus, si dia akan layan aku mcm puteri selama beberapa hari


tapi aku kalah pada saat aku sampai di hotel....rindu nak balik rumah.
mujur hotel dekat dgn rumah...tapi disebabkan si dia sibuk bekerja dlm minggu ni...aku simpan hajat nak balik rumah..adalah lebih baik aku duduk di hotel utk study.ada exam yg aku wajib lulus di hujung kursus.

sepanjang 10 hari berkursus, 2 kali aku dpt balik rumah sekejap utk bersama Sharul dan si dia.aku akui sepanjang masa aku rindu kat diorang walau kedua2nya nakal buat aku nak marah je selalu....aku sedar betapa aku kena hargai mereka sementara mereka ada

Monday, March 14, 2011

terima kasih Jusco

thank u Jusco Cheras Selatan sbb menyediakan kemudahan membasuh berak anak-anak. Sedang aku syok membeli belah, En Nas yg tgh temankan Sharul bermain, telefon aku. Dia kata Sharul berak dan dia x dpt tahan menghidu baunya.Nasib aku bawak pampers spare.







very comfortable for both of us


ni first time aku masuk toilet ibu-anak ni



mungkin dalam beberapa bulan lagi akan memerlukan ini



Ibu boleh bershopping dgn selesa : )