Daisypath Friendship tickers

Daisypath Friendship tickers

Friday, August 24, 2012

Raya photos...

Tahun 2012....
OMG I realized that these are our only photos that I have for Raya 2012 ! shame on me sepanjang Raya sibuk tgk album raya kawan2 di FB.. tapi gambar kenang-kenangan utk diri sendiri, non ado
situasi typical hari raya
tu dia...En Nas menggunakan lorong emergency sbb takut kete panas.huh

Thursday, July 5, 2012

Pit's birthday 2012

kepada adik aku yg sorg ni aku mmg x pernah nak bg hadiah sbb aku x blh nak bg apa2 pada dia.there's nothing he can't afford ! a card? nay but appreciate the get together bday dinner..this is our first having buffet at Al Sinni, bangi.just outside 'pintu 1 putrajaya'

Monday, April 16, 2012

Avillion PD (malas nak fikir tajuk yg bombastic) Part 1




tahun ini kami sekeluarga x bercuti jauh.plan last year nak pergi Holland masa ni, musim bunga la katakan.tapi canceled trip sbb aku masih dalam tempoh berpantang.so kali ni Pit bawa ke Avillion Port Dickson je.nak rasa water chalet di sana.

kali ni yg lebih seronok sbb Opah,Wancik dan qisya pun joined sama.kami bermalam mulai Jumaat (the 13th).Abah siap ambil cuti rehat supaya kami boleh bertolak selepas solat Jumaat.no time wasted.En Nas pun settlekan kerja dia di KLIA pagi2 and came back home (rawang) before solat jumaat.

kami bertolak dgn 2 kereta.Livina seperti biasa menjadi kereta rasmi percutian (bangga I bought the right car MPV.dan 1 group lagi naik Merc Abah.selesa utk opah dan sesiapa saja yg menaikinya

sesampai saja petang tu, aku berehat secukupnya dgn Aneen.aku mmg x expect utk bermandi manda sbb ada baby kecil yg menetek (new vocab for BF mommies) so xde la berangan2 nak mandi pool.En Nas bawa sharul mandi sepuas2nya.lagipun pool disini ada adult dan children's pool.both beroperasi 24 hours.cuma agak strict penggunaan swimming suitnya.



bilik perfect for family with 2 @ 3 kids.












the bathtub
the shower (I swear I'll get one just like this for my own house......10 years from now.kehkehkeh)
his and hers
enough with the room already, tuan tanah nak update muka baru lepas berpantang
bagi chance
malam itu kami dinner dalam bilik je.nasi bungkus. tu pun heaven sbb mkn berjemaah. I like

Thursday, March 8, 2012

BF

bukan best friend k

Alhamdulillah kali ni aku merasa BF baby sepenuhnya..x mcm sharul dulu...kering pada hari ke 20..

walaupun pada mulanya sakit dan masih sakit (bengkak susu) tapi aku dah boleh tahan

bila tgk baby Aneen yg x bersalah, merengek2, membuka mulut meminta susu...kesian sgt kat dia..apa la anak kecil ni tahu...yg dia tahu hanya lapar...aku harus beri dia minum walau sakit yg aku tanggung...itu la antara pengorbanan seorang Ibu..


lagi2 bila mak aku ceritakan masa BF aku dulu, aku refused nak minum dari botol walau mak dah start bekerja..dia terpaksa berlari2 ke rumah kawannya yg berdekatan dengan sekolah tempat dia mengajar dulu pada waktu rehat semata2 nak BF aku...dan dia kerap menangis menanggung sakit akibat bengkak susu...alahai mak, sekarang baru Ija rasa apa yg mak rasa..


tapi aku harus kuat utk melatih Aneen minum dari botol bila tiba masanya nanti...maybe pada minggu ke 4...sbb lepas 6 minggu, Ibu dah boleh jalan2 cari makan...hehe..Ibu malas la nak cari bilik menyusu utk BF Aneen kat shopping mall nanti, sayang minum dari botol je la..

Wednesday, March 7, 2012

Day 14

aku dah mula bosan dgn lauk pantang. air yg paling heaven buat masa ni adalah air ribena suhu bilik dan kopi O. tapi aku harus kuat. semua ni berbaloi sbb berat badan aku turun walau sedikit demi sedikit.

mak dah buat yg terbaik utk masak lauk2 semua ni. semua sedap2 belaka.cuma aku yg jenis x sabar.cepat bosan dgn menu yg berulang..

ada kes seseorang yg aku kenal, lauk pantang dia sama je tiap2 hari sepanjang tempoh 44 hari...kalau aku, dah muntah dah..

ku rasa separuh nikmat nafsu makanku ditarik balik...mohon kembalikan...huhu

Friday, February 24, 2012

22 Feb 2012

tarikh bersejarah utk anak aku...Shazia Naazneen

pada aku, hari yg xkan pernah aku lupakan...sbb aku menanggung kesakitan yg amat sangat..

aku x sangka sakit kali ni x 'seindah' masa sakit melahirkan sharul...kali ni aku bersalin tanpa pain killer..

sehari sebelum 22hb, aku pergi kerja seperti biasa, masuk meeting dan buat kerja mcm biasa..finally petang tu, aku mohon bos tandatangan borang cuti rehat aku yg aku rancang 5 days in advance ( EDD 28hb )

aku planned dgn En Nas nak balik Rawang lepas tengah hari 23hb..En Nas minta aku tunggu sekejap while dia ada urusan penting pagi tu.kononnya nak ambil half day la tu..


22hb 3.20 am..

tiba2 aku tersedar dari tdo sbb terasa sakit senggugut yg agak teruk....aku mmg tengok jam sbb nak monitor kadar kesakitan aku sekerap mana..

3.50 am terasa sakit lagi...ku fikir 100x nak balik rawang sekarang atau tgh hari?

lagi jam 4.15 aku rasa sakit....terus dan bangun dan mandi, bersihkan diri,bersedia utk masuk spital..aku kejutkan En Nas dari tdo....and off we went to rumah rawang at 4 am ++


dalam perjalanan ke rumah rawang, aku rasa contraction almost every 5 minutes and I was sure masa utk bersalin telah tiba..ntah2 x sempat sampai rumah..terus ke hospital....and I was right!

nasib baik jalan clear...kereta x byk


En Nas sempat isi minyak kat Subang sebelum meneruskan perjalanan...kalau x isi minyak, naik ambulans la aku..

mmg x sempat balik rumah...masuk lebuhraya LATAR je, aku suruh En Nas terus ke Hospital Selayang..

kami sampai hospital jam 5 am ++..mmg sampai2, doktor cek..dah buka 7 cm.aku masih menahan contraction yg datang sekejap2 tu....masuk labour room terus..nasib baik x ramai org.sunyi sepi aku rasakan di dewan bersalin tu..

the most painful feeling yg pernah aku tanggung kot..x blh nak describe further...fobia.. cukup sakit aku rasakan ni kali terakhir nak beranak kot...tapi kita x tahu masa depan apa yg ditentukan Allah..

baby selamat dilahirkan pada 6am..yg aku suka sgt, En Nas dipanggil utk menyaksikan delivery...mmg aku nak dia tgk mcm mana reaksi aku menahan sakit..biar dia boleh gambarkan perasaan aku..biar mata dia berat memandang, sbb berat lagi bahu aku memikulnya...hahah


tapi aku intai2 gak dlm kesakitan tu, mata dia sibuk memandang baby, bukannya muka aku yg separuh mati ni...tapi xpe la.mungkin dia x sanggup tgk muka aku yg menahan sakit tu..

aku ingat sakit sampai tu saja..rupanya masa menjahit ......aku rasa doktor lupa bg pain killer kot..sbb aku dpt rasa setiap detik jarum dan benang masuk ke lapisan badan aku..dah la lama dia jahit tu, mcm sedang belajar menjahit pun ada...adoi! sabar je la


akhirnya it ended...aku pun sampai ke wad jam 7.30 am..pagi yg lega bg aku...lega sgt2..I needed rest..dan x sabar utk menerima lawatan family tersayang...

Monday, February 6, 2012

Family gathering di rumah Acu

ni aktiviti yg mak suka...makan2 especially kalau menunya BBQ. nasi mmg aku x pandang la kalau ada mashed potato dan coaslaw.




adik hampir tersungkur...hehehe



hampir semua jemputan dah sampai




me at 37 weeks



arrival






acara bako-membako oleh Uncle Mie





















acara makan-makan

















wancik ada buat kek yg sedap sempena birthday Acu si tuan rumah