Daisypath Friendship tickers

Daisypath Friendship tickers

Tuesday, April 19, 2011

Nasi Arab anyone?




dah 2 hari dalam bulan ni mkn hidangan nasi 'mandi' dari Saba ni. sedap wok..lagi2 bila nasi tu free dan 'all you can eat'.




wa jatuh chenta la !

Monday, April 18, 2011

Nas can cook

lepas waktu kerja, En Nas beria-ia nak memasak.dia kata setiap hari selasa dan jumaat aku x payah masak sbb ada pasar mlm.aku x minat makanan dari pasar mlm ni.tapi En Nas x pernah x beli nasi goreng udang setiap kali ada pasar mlm di sini.apa resepi dlm nasi goreng tu x tahu la.sampai skrg dia x jemu2 mkn.
so hari isnin, rabu dan khamis aku kena masak.OK
tapi lepas waktu kerja, terus dia siapkan makan malam...bersungguh2 betul



sampai x sempat nak tukar baju



apa mimpi mu haa?




tadaa....












walaupun rasa sayur agak masin dan sotong kicap rasa manis...at least you tried : )
so proud of you

Friday, April 15, 2011

sharul's first visit to the funfair

lepas waktu kerja, kami bertiga ke funfair di Nilai.dari Putrajaya ke Nilai x jauh mana pun.sebenarnya En Nas yg nak bawak anak kesayangan dia ke funfair tu sbb Sharul jakun sgt tgk funfair dari jauh.walau hujan rintik2, Sharul nampak seronok mlm tu.



eh, siapa yg seronok ni? sharul ke Ibu?



LOL.sharul nape buat muka mcm tu? this was our first ride.the old ferris wheel.kami bertiga je yg ada kat situ.bayar rm12



rasanya this was my 3rd visit to the funfair seumur hidup aku



































ni la yg kami menangi mlm tu.

Thursday, April 14, 2011

antara 2 tekak

tekak aku dgn En Nas mmg berbeza..

contohnya breakfast hari ni


ni breakfast En Nas



nasi lemak lauk penuh


ni breakfast aku









kalau kami keluar mkn kat restoren masakan siam aku akan order ikan siakap 3 rasa


tapi En Nas order siakap steam..org ingat kot la mkn utk 6 org ke lebih padahal kami blh habiskan ikan siakap seorg seekor....end

Wednesday, April 13, 2011

eye bags

argh, bencinya bila ada eyebags..paling besar bila menangis sebelum tido.tapi dah lama x buat perangai mcm tu.bila x cukup tido pun dah cukup utk dpt 'beg mata' secara percuma.

kenapa aku x cukup tido smlm?

lepas blk dari kerja, rutin biasa pada hari selasa ialah pergi pasar malam selepas ambil sharul dari taska.walau hujan lebat, En Nas pergi juga pasar mlm, kalau x pergi, x mkn la kami.lgpun since nasi lemak ahad lepas, aku x masak kat rumah lg sbb paip dapur bocor.bila air jatuh dlm sinki je, dia muntah blk air busuk tu melalui lubang lantai dapur.xnak la aku.nak masak sure guna byk pinggan mangkuk, kuali...dan dah tentu kena basuh segera.aku x suka tgk pinggan mangkuk berlonggok dlm sinki walau 5 minit.x suka tau.

En Nas bgtau yg dia kena keluar mlm nanti utk pick up his new semi skilled worker yg dtg dari Penang, kat stesen bas Bukit Jalil tu.so aku x kisah la,sbb bukan selalu pun.ni kes emergency sbb syarikat M** ni nak pakai pekerja segera sbb pekerja sebelum ni bermasalah.so sebagai vendor, En Nas kena la provide main power segera.hari ni dia call budak tu utk lapor diri utk esok, hari tu juga budak tu bertolak dari Penang.mmg bersungguh nak kerja budak ni, bagus.

mula2 aku ckp nak ikut sbb aku takut duduk rumah berdua dgn sharul mlm2.tapi bila difikirkan, kesian sharul.dia mesti tido awal mlm tu sbb pg nya kami semua kena gerak awal.En Nas kena bawa budak baru ni lapor diri kat Subang Airport dulu.so En Nas kata esoknya keluar dari rumah jam 7 pg.so aku decide x pyh ikut la.

lepas En Nas keluar rumah kul 10 lebih, aku ajak sharul tido depan TV.aku takut nak naik bilk kat atas.kalau terdengar bunyi2 yg mencurigakan dari luar rumah, blh jerit kuat2 biar jiran semua dengar.tapi kalau kat dlm bilik ,x dengar apa2 dari luar.

lepas keluar En Nas hantar msg minta maaf sbb dia terpaksa tinggalkan kami kat rumah sebab kerja.aku sikit pun x marah sbb benda ni jarang berlaku dan aku dah mula faham bidang kerja dia yg mmg sgt berbeza dari bidang kerja aku yg mkn gaji ni.

aku tido2 ayam sampai la dia balik jam 1.20 pagi.dia mula melaporkan menceritakan apa yg berlaku.aku pun layan je la.to be honest, bila En Nas mula cerita ttg apa2 pun, aku akan tunjukkan yg aku berminat nak tahu walaupun aku x minat.ni cara aku tunjuk hormat kat dia la kiranya.

rupa2nya budak baru tu bawak bapa dia bersama.pastu kakak dia yg sarat mengandung dan abang ipar dia yg duduk Klang pun dtg kat stesen bas.aku faham sgt2 situasi dia.yelah, siapa nak biarkan anak dia travel dari Penang ke KL walau utk lapor diri ke tempat kerja dlm keadaan tergesa2? setiap bapa yg bertanggungjawab mesti akan buat mcm tu.dia mesti ada perasaan 'don't trust anyone'.

En Nas pun dpt meyakinkan mereka sekeluarga ttg kerja yg anak dia akan buat ni.and he convinced the father yg anak dia akan berada in good hands.. bagus la diorg semua x byk 'cekadak'.mau x En Nas maki tgh2 mlm tu kalau diorg byk 'cekadak'.dari bas stesen, En Nas hantar budak tu kat asrama pompuan khas utk pekerja, dan bapa dia tumpang tido kat asrama lelaki.

pagi ni aku bgn 6.00 pagi, tapi En Nas plak yg bgn lewat.kul 7.00 baru nak mandi.aku sampai ofis 7.45.baguskan.blk mesti 5.30 tepat ye By, dah janji nak blk awal hari ni.

P/S : saiz mata separuh dari saiz asal

Monday, April 11, 2011

today's ride

hari ni En Nas hantar aku ke ofis naik kereta barunya



luaaaaaaassss




sgt RETRO ok...buka tingkap manual



dia ingat aku malu nak naik kete tu..tapi x pon..

Sunday, April 10, 2011

aktiviti ahad

iqah tido di rumah baru kami hujung minggu ni.but she had to leave sunday morning before 10am sbb kena ambil pop kuiz di fakulti.atas permintaan ramai En Nas mlm sebelumnya, aku bangun seawal 7.30 pagi(awal ke?) utk masak nasi lemak.aku tau walau x sedap, En Nas lebih suka mkn nasi lemak free aku daripada membayar RM8 utk nasi lemak medan selera presint 9 kegemarannya.dah x larat nak membayor kot.
iqah mesti x percaya aku blh buat nasi lemak sbb aku mmg stok mkn kat luar dan kalau aku masak pun mesti yg sesimple mungkin.
ha..rasakan nasi lemak yong ko yg mungkin ko xnak ulang mkn lagi.hehehe



zoom sikit



YES..the presentation is there


lepas breakfast then iqah balik.En Nas dan sharul pun dah bangun.then he decided to find Plasma @ LCD TV kat pasaraya.sebenarnya dah hampir purchase 42" plasma kat Tesco Nilai the night before, tapi En Nas x puas hati sbb salesman dia x melayan pertanyaan dia but instead melayan Bangla foreigner yg berpakaian smart mcm nak gi ofis tu, dia blah mcm tu je.buat apa bg sale kat org yg x melayan? aku ikut je.aku x lah se'excited' dia pun nak beli TV besar ni.

pagi ahad tu kami keluar 10.30 pg to get a new TV.aku ikut je, janji blh blk awal nak tgk Melodi dan NONA kat TV3.

first stop kami ke Jusco Balakong, En Nas cari 42" tapi yg ada hanya 43" yg harga lebih mahal RM400.ya, beza 1 inci tapi beza harga RM400.so dia xnak.dia ajak aku ke Tesco Ampang plak.Ok..'saya yang menurut perintah'.....eh, terikut-ikut plak.

sampai Tesco Ampang,byk plasma 42" tapi xde jenama Samsung.dia xnak..nak Samsung jugak...pastu sebelum dia bg idea nak kembali ke Tesco Nilai...aku bg idea yg lebih bernas..kihkih

the reason kenapa dia nak beli 42" plasma ialah sbb dia berkenan after Pit beli 42" dgn harga yg murah.sebenarnya aku tau dia mmg dah lama berkenan TV besar ni, tapi dia x mampu.now dia dah ada duit, he wants to get 1 with cash.
aku x kisah k,TV kecil is fine with me.TV besar ada pun tapi asyik tgk Shrek je, menyampah tau.tapi bagus gak beli TV lg 1 so Sharul blh tgk Shrek 24 jam.hehe

Idea bernas aku ialah let's get it where Pit got it.dah tentu ada dan dah tentu murah.so kami ke Giant Kelana Jaya.pergh...my sunday morning wasted just like that.x dpt tgk Nona apatah lg Melodi.

aku dah malas nak keluar dan berjalan.so En Nas keluar sorg2 to get his TV.punya la lama menunggu dlm kereta, aku fikir mesti dia dah decide nak beli.kalau x beli gak....mengamuk lah singa.akhirnya dia keluar tersenyum sambil diikuti oleh pekerja Giant yg sedang menolak troli yg ada kotak besar.fuh...nasib baik ko beli jugak.kalau x, aku ajak ko ke Pesta Berlian Alamanda dan kita bukan sekadar tgk je....

lepas keluar dari parking Giant, kami singgah ke restoren Mohd Chan Abdullah.aku suruh dia tapau je, malas nak keluar dari kereta dah.



lunch at home @ 3pm

lepas mkn apa lg, tido lah


menjelang mlm En Nas keluar utk bungkus makanan lagi.aku dgn Sharul tinggal kat rumah.En Nas blk ambil barang2 yg belum diambil kat rumah lama.aku order burger je for dinner.burger ayam special dan neslo ais.kenyang..alhamdulillah

Thursday, April 7, 2011

jemput tgk rumah baru saya

eh, nape excited sgt ni? bukan rumah sendiri pun.kuarters je. aku excited sbb dpt merasa benefit sbg pegawai gomen iaitu dpt duduk rumah yg valuenya agak aku x mampu kalau aku nak beli.aku bayar 'sewa' rumah ni melalui potongan gaji yg bayarannya jauh lebih rendah dari kadar sewaan rumah2 di kawasan putrajaya ni. so many things in my head right now.antaranya aku cadang nak jemput family, sedara-mara, dan kawan2 ke majlis 'house warming' dlm seminggu dua ni.planning tu agak grand la.haha.sbb x pernah aku plan majlis kat rumah sendiri.even sambut birthday sharul pun x buat majlis.nak harap aku masak sendiri....x mungkin kot.order je..tu yg kena ada ongkos yg lebih2. jom tgk rumah baru saya (sbb lepas ni mungkin x dpt tgk rumah sekemas ini)



masuk rumah je terus nampak ruang tamu yg besar.disebabkan tingkat bawah xde bilik, ruang yg besar tgh2 tu sesuai utk pot tido beramai2 bila opah atau abah nak dtg tido di rumah kami.bukan x bg diorg tdo dlm bilik kat atas tapi diorg sendiri yg xnak naik tangga ke tingkat atas and diorg lebih selesa tido kat lantai bawah.so salah satu item dlm 'to buy list' aku ialah tilam lipat baru yg selesa utk mereka.




dapur..sharul sure akan tolong aku kat dapur ni.kena lebih berhati2 bila menggoreng atau buat aktiviti di dapur.aku nak letak 'island' kat tgh2 dapur tu.senang nak aktiviti memotong bawang, sayur dan sebagainya.kena beli meja yg selesa.kerusi dah ada...yippie



alasan terbaik utk mengajak En nas ke IKEA hari sabtu ni...nak cari penghadang/grill utk halang budak2 naik tangga.sebelah tu ialah tandas utk tetamu.aku nak hias ala-ala hotel gitu.



master bedroom.kena beli langsir yg matching2 utk sliding door dan tingkap



bakal jadi bilik mak dan abah bila dtg sini.perabut dah ada,sumbangan mak sendiri.cuma kena cari masa sesuai nak pindah perabut dari rawang ke putrajaya



bilik bersebelahan bilik mak dan abah.kedua2 bilik ni berkongsi bathroom.so iqah dan adik blh tido sini bila dtg nanti



ni pandangan dari ruang menonton shrek aku dan sharul merangkap ruang bersepah.jauh dari pandangan tetamu.hehe



ada 2 lg bilik kat tingkat 3 tu.salah 1 aku nak buat library + ofis En Nas.bilik yg lg 1 tu x tau nak buat apa.akan difikirkan kemudian.

customer complaint

aku bukan la pekerja cemerlang tapi cuba jadi yg cemerlang, xpun buat-buat cemerlang.
aku pegawai kerajaan dan aku guna pengguna.aku berhak buat aduan sebagai pengguna.nasib baik aku MALAS.kalau aku buat aduan kat Jabatan ko,sure 'masak' la.

1. aku sedang dlm proses berpindah ke rumah baru iaitu jenis teres(mengikut kelayakan) dari apartment yg diberi sementara rumah teres ada kekosongan.aku ambil kunci pd jumaat lps.ptg tu juga kami masuk rumah baru sbb x sabar nak tgk bahagian dlm.masalahnya....masa cubaan nak cari kunci grill pintu utama...baru kami sedar kunci tu x diberi skali..$#@%^&!
En Nas dah maki2..dia mmg ada bad assumption ttg pekerja dan kerja2 gomen ni.dia mmg maki kalau pekerja gomen ni buat kerja. ai, x sedar ke bini sendiri org gomen?tp dia tau bini dia seorg pekerja yg dedikasi (aik...sape ckp?).hehe
nasib baik blh masuk ikut pintu dapur.mmg x kuduga.pandangan dari luar aku nampak rumah tu kecik.tp sangkaan aku meleset sekali,besar rupanya rumah tu.ke sbb perabut aku sikit dan bersaiz kecil?anyway aku sgt berpuas hati dan harap kami blh duduki rumah ni selama mungkin.amin..
hari isnin aku kembali ke seksyen pengurusan kuarters yg located jauh dari ofis aku.tu xpe lg sbb masih dlm putrajaya dan bukan aku yg drive.bila aku jumpa org yg jaga bahagian maintenance,dia kata dlm jambak kunci yg original pun xde kunci grill pintu utama.WTF?
mcm mana korg buat kerja? 1st of all, SEPATUTNYA dlm jambak kunci original mesti lah ada SEMUA kunci.ke 2 - kalau xde, kena la buat tindakan pembetulan SEGERA ! x sepatutnya bila next family yg nak duduk rumah tu bgtau ko yg kunci tu xde.menyusahkan betul lah. ke 3 - ko kata setiap kali lps 1 family keluar dari rumah tu, korg buat maintenance work.siap suruh kami tunggu lebih dari 2 bulan sebelum masuk rumah sbb korg nak buat kerja2 maintenance.ok, aku sanggup tunggu.no hal.tp maintenance apa nya?kalau kami kena ulang blk ke tempat ko nak bgtau kunci pintu grill xde dan kat dlm jambak kunci original pun xde ! ni mesti pekerja kontraktor yg buat kerja tu x bgtau grill x blh buka dan selama ni diorg masuk ikut pintu dapur? dlm masa 2 bulan lebih tu diorg x bgtau korg ke?unbelievable
and u keep saying that kontraktor kamu bermasalah...so tukar lah !
pastu kami dah nak masuk rumah tu, baru la nak betulkan tiang penyidai kain yg dah nak reput tu.nasib baik kerja tu kat luar.kalau nak buat kerja dlm rumah, sori...biar kami buat sendiri.2 bulan lebih x cukup masa kot.

2. ni cerita lain plak, xde kena mengena dgn cerita pertama- aku buat panggilan utk bercakap dgn kerani bahagian admin jam 8.40 pagi.aku expect semua org mesti dah masuk ofis by that time walaupun aku tau rata2 org gomen masuk kerja jam 8 pg tapi ada segelintir yg masuk jam 8.30 pg mcm aku.
bila aku call beberapa kali x angkat.so aku call jiran kerani tu nak bertanyakan sama ada kerani yg aku cari tu cuti atau kerja pd hari tu.jiran dia ckp apa tau...."dia keluar minum"
ni aku mmg x blh terima.1st of all kalau betul pun,ko jgn keluar minum lps jam 8.30 sbb 8.30 adalah masa terakhir masuk pejabat.aku sanggup berlapar tau, x breakfast kalau aku rasa aku x sempat nak bungkus makanan dan kembali ke ofis sebelum 8.30 pg. ke2- kalau betul pun ko x sempat breakfast pg tu dan ko mmg perlu mkn supaya ko x menggigil akibat kekurangan glucose, ko bohong sunat la kat jiran2 ko, katakan ko pergi toilet.kalau lama pun xpe.kalau org cari, dia blh assume ko ada sembelit.it's OK. x pun, keluar senyap2.x perlu bgtau jiran2 yg ko pergi cafe.biar diorg x tau nak jawab ko kemana bila ada org cari.dia hanya kata "tak tau".
kepada jiran kerani tu, x payah la bgtau caller yg kerani tu pergi minum.apa anggapan org especially pelanggan?selamatkanlah maruah pegawai gomen.kot ye pun..